Pelik juga bila anak kita sering sangat demam berbanding anak-anak orang lain. Kadang-kadang sebulan sekali. Pening juga dibuatnya bila anak asyik demam. Ditambah dengan kos perubatan dan kerenah anak yang pelbagai ragam ketika demam.

Persoalannya kenapa anak kita kerap demam, batuk dan selesema berbanding orang lain? Dr Ezairy M Sallih berikan pencerahan buat mama papa. Periksa semua ni!


Persoalan ini selalu bermain di kalangan para ibu bapa. Bukan apa, sebab apabila anak-anak jatuh sakit, kitalah insan yang paling sibuk bekerja memastikan anak-anak berada dalam keadaan seselesa yang mungkin. Sampai tak tidur malam dibuatnya.

Cuba lihat 5 perkara ini!

1. Selalu dibawa ke tempat ramai orang. Jangkitan virus mudah berlaku apabila anak kita terdedah kepada orang ramai. Titisan cecair ketika batuk dan bersin boleh mengakibatkan penularan kuman.

IKLAN

2. Pengudaran di dalam rumah yang kurang baik. Pastikan tingkap dibuka, ruang tidak terlalu tertutup, ada ruang untuk udara keluar masuk.

3. Terdedah kepada mereka yang sedang alami jangkitan. Ini akan meningkatkan risiko anak kita turut mendapat jangkitan. Cuba jauhkan daripada anak-anak kecil lain sekiranya mereka sedang alami flu dan demam.

IKLAN

4. Kebersihan diri yang kurang dijaga. Sebaik keluar tandas atau bilik air, pastikan tangan dibasuh bersih-bersih dengan sabun. Jangkitan boleh merebak secara terus atau secara tidak langsung seperti meja makan, alat permainan, tombol pintu m, stroller dan sebagainya.

5. Lewat dibawa berjumpa doktor. Sekiranya anda mendapati anak anda tidak sembuh walau sudah memberi rawatan awal di rumah, jangan tunggu lagi. Bawa segera berjumpa doktor. Rawatan awal amat membantu.

IKLAN

Semoga bermanfaat.

Ada tak yang kena dengan mama papa lima perkara ni? Ha lepas ni kenalah perbetulkan. Bukan apa, untuk anak kita juga.

Kredit: Dr Ezairy M.Sallih