Membesarkan anak sendirian sememangnya tidak mudah. Namun bagi personaliti media sosial, Farah Lee dia akur dengan takdir hidupnya dalam membesarkan anaknya, Maream Isabel.

Namun kata Farah, ada waktunya dia rasa goyah, penat dan pernah menangis sendirian dalam membesarkan anaknya.

Kata Farah melalui Instagramnya, Allah adalah sebaik-baik tempat untuknya bersandar.

“Kanak-kanak yang membesar dengan ibu atau bapa tunggal biasanya sering mempunyai perasaan yang bercampur baur dan emosinya terganggu.

” Jadi membesarkan mereka akan sedikit sukar, terutama bila kamu sendiri. Dan mereka amat bergantung harap pada kita.

“Biasanya kalau cakap pasal strunggle single-parenting, saya akan menangis, sebab penat, penat emosi.

” Penat bila usaha kita untuk menyokong emosi dan mental Maream itu hanya berlaku satu hala sahaja,” kongsinya menerusi Instagramnya.

IKLAN

Namun kata Farah, dia cekal dan Allah adalah sebaik-baik tempatnya untuknya mengadu dan bersandar.

“So I have to keep reminding myself to not to put anyone in the equation. Sebab bila ada expectation – kepada manusia – kita akan kecewa. Jadi Allah adalah sebaik-baik tempat bersandar,” luahnya lagi.

IKLAN

Walau sibuk dengan pelbagai tugasannya yang padat, sebolehnya dia cuba untuk menjaga emosi dan memperuntukkan waktu untuk anak tunggalnya itu.

“Bila penat, kadang termarah Maream, atau tak bagi penuh perhatian pada dia. Lepas recording #MakMudaOasis, teringat yang meetup esoknya cancelled, terus contact PA untuk bookkan a nice hotel with bathtub and pool for us – since Maream loves water.

“Informed school yang Maream will be absent for two days. Then here we are, just two of us (always two of us sokmo pun actually),” tulisnya di Instagram.

IKLAN

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by F. L. (@farahlee_)

Terdahulu, Farah dan Ally Iskandar berpisah pada 17 Ogos 2016 dan mereka dikurniakan dengan seorang cahaya mata perempuan, Maream Isabelle yang kini berusia tujuh tahun.

Artikel berkaitan: Tak Ada Mainan & Barang Mahal Pun, Mahu Maream Hidup Sederhana, Cara Farah Lee Didik Anak

Tak Perlu Berkira Sangat Nak Spend Untuk Anak, Farah Lee Mohon Dulukan Masa Depan & Ilmu Demi Anak

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Kredit: @farahlee