Bila anak sudah memasuki usia dua tahun, tanpa tindak balas yang baik dari anak, mak ayah mungkin merasakan anak cenderung untuk mengalami masalah autisme. Pelbagai persoalan mula dibangkit dek kerana bimbang anak autisme.

Menurut Pn Maryam Jamadi, ahli terapi cara kerja, ciri-ciri anak austisme selalu dikelirunya dengan pendedahan anak secara berleluasa dengan gadget dan skrin tv. Ada bezanya dan inilah yang dikongsikan olehnya agar mak ayah jangan terkeliru perbezaan ini.


MACAM AUTISME TAPI BUKAN AUTISME

“Anak saya macam ada ciri-ciri autisme”
“Anak tak ada eye contact, autisme ke?”

Soalan ini selalu saya dengar semasa sesi penilaian perkembangan anak dan setiap kali itu jugalah saya akan tanya,

1. Berapa umur anak semasa pertama kali didedahkan dengan gadget/tv?
2. Berapa lama purata gadget/tv dibuka untuk anak?
3. Berapa lama purata anak tengok gadget/tv dalam sehari?
4. Anak jenis tak kisah gadget/tv ataupun akan tengok?
5. Cerita jenis macam mana mak ayah beri anak tengok?
6. Anak nampak macam faham/respon ataupun termenung masa tengok gadget/tv?

Boleh kata 6 soalan ini wajib saya akan tanya sebab, semuanya memberi kesan secara langsung atau tak langsung kepada perkembangan anak dan boleh mengganggu diagnosis doktor pakar nanti.

IKLAN

Disini juga saya mahu tekankan yang AUTISME BUKAN DISEBABKAN GADGET/TV ya. Tetapi.. pendedahan gadget/tv secara berlebihan pada anak boleh buat anak mempunyai simptom seperti autisme ataupun “autism-like symptom”.

Sebab itu, jika kami terima kes baru “suspected autism” dan bila diselidik anak mempunyai pendedahan skrin berlebihan. Perkara pertama yang kami minta mak ayah buat adalah kurangkan/tutup gadget/tv sekurang-kurangnya 2 minggu untuk lihat perbezaan terhadap perkembangan anak.

Boleh jadi anak sebenarnya bukan autisme tetapi ada beberapa simptom autisme disebabkan kurang rangsangan sensori dan interaksi dengan mak ayah.

Kes autisme yang sebenar tidak dipengaruhi oleh pendedahan skrin berlebihan, kalau ditakdirkan anak ada autisme dedahkan ataupun tidak didedahkan skrin pun tetap ada simptom autisme.

IKLAN

Jika mak ayah perasan anak ada simptom autisme contohnya, lewat bercakap atau perkembangan, kurang interaksi dua hala, tiada kontak mata ataupun tidak sedar nama dipanggil.

Dalam masa yang sama ada pendedahan skrin berlebihan dalam sehari, benda pertama yang perlu dilakukan adalah kurangkan secara berperingkat ataupun tutup skrin 100%

Kuota skrin untuk anak
0-18 Bulan – ZERO
18 Bulan – 2 Tahun – 30 minit sehari bersama mak ayah
2 Tahun – 5 Tahun – 1 jam sehari
5 Tahun ke atas – 2 jam sehari

IKLAN

Ada kajian dilakukan oleh National Institute of Health pada tahun 2018, terbukti yang kanak-kanak yang luangkan lebih 2 jam sehari depan skrin dapat markah lebih rendah dalam “language and thinking test”.

Anak yang didedahkan dengan skrin lebih 7 jam sehari pula experience thinning of brain’s cortex. Area of critical thinking and reasoning. Risau kan?

Artikel berkaitan: Ujian Saringan M-Chat Penting, Jangan Skip Ke Klinik M-Chat Untuk Kenal Pasti Anak Autisme

Bukan Semua Aktiviti Sesuai Untuk Si Kecil Autisme, Pakar Ini Kongsikan 7 Cara Sesuai Untuk Mereka

Nak relaks, jom cuci mata di SINI.

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)