Sekiranya anda perhatikan anak kecil muntah atau cirit birit, mesti ada sesuatu yang tak kena. Kebanyakan daripada kita akan menganggap mungkin tak serasi dengan susu yang anak minum.

Sedangkan ada lagi punca lain yang ramai tak tahu. Seperti perkongsian seorang ibu, Aisyah Hussain, kejadian yang berlaku pada anak lelakinya ini perlu dijadikan peringatan bersama jika anak muntah dan cirit birit dalam jangka masa lama.

Ibu jangan ambil mudah bila anak cirit birit dan muntah!

Muhammad Aisy Syafi’i atau panggilan manjanya si tembun ni masuk hospital sebabkan cirit birit dan muntah-muntah. Tapi 2 minggu sebelum tu memang dia dah start cirit birit dan muntah-muntah. Jadi mak ingat biasa je la dengan harapan akan baik 2 3 hari selepas tu.

Tapi cirit birit dan muntah tu berlarutan sampai 2 minggu. Kalau ikutkan lepas seminggu mak ada bawak hospital, doktor dah cek, ambil darah, dia kata tak ada apa dan suruh balik. Bagaimanapun minggu seterusnya masih lagi tak berhenti.

Mak mana yang tahan tengok anak macam tu, terus mak bawak ke hospital ditambah pernafasan laju. Alahai baru 4 bulan kan, takut sangat mak ni. Kesian tengok dia, tapi tengok dia macam orang tak sakit, minum macam biasa, muka ok, bawah mata tak hitam, aktif semua ok. Mak tak jangka pulak rupanya penyakit tu serius tau.

Simptom-simptom kat rumah yang mak nampak, demam tinggi 39 tak turun, cirit birit yang kerap, tak sampai setengah jam dah cirit, pampers jangan cakap la tak sampai seminggu dah habis, najis dia mula-mula warna oren plus cair of coz cirit birit kan, then after 2 week najis tu bertukar jadi warna hijau, bukan mak kau hijau eh.

Najis tu pulak bau dia alamak, bau macam bangkai. Seram mak ha. Ingat sebab susu dia. Jadi kalau anak-anak cirit birit najis dah bau macam bangkai refer la ke hospital ye..

IKLAN

Masa dekat hospital check darah semua ok. Terpaksa bagi nap dekat si tembun ni sebab nafasnya laju.

Kalau nak tahu dah dekat sebulan anak cirit birit. Mula-mula masuk wad biasa dan selepas tu dipindahkan ke bilik kuarantin pula. Ini kerana cirit birit ni boleh berjangkit dan sebab itu kena asingkan.

Hari pertama dan kedua masih cirit macam biasa, hari ke 3 dah mula ada darah. Mak dah takut..Apabila doktor datang check, mak cerita la yang najis dia dah ada spot darah. Terus doktor ambil sample najis.

Hari ke 4 pagi tu mak relaks lagi, doktor check boleh senyum lagi sebab result tak keluar lagi kan, masuk tengah hari terus doktor datang bawak result, dup dap dup dap, puan anak puan ni kena jangkitan salmonella.

Masa tu muka bersahaja lagi sebab tak tau tu apa yang sebenarnya. Bila doktor terangkan salmonella tu apa baru gelabah menitik air mata. Part yang boleh menitik air mata tu sebab mak lambat bawa pergi hospital. Sebenarnya doktor cakap salmonella ni boleh rosakkan buah pinggang dan paling takut boleh bawa mati. Masa ni air mata dah merambu keluar. Takut yak mat..

IKLAN

Sebenarnya doktor ada cakap nak ambil air tulang belakang, tapi tak ingat dah hari ke berapa nak tengok sama ada kuman tu sampai kat otak ke tidak, tapi disebabkan si tembun ni ada perubahan, doktor batalkan.

Mula la anak mak ni bertarung dengan jarum ..boleh dikatakan hari-hari kena cucuk. Jarum asyik tercabut je. 11 hari kat hospital, 20 kali pasang jarum baru. Kita yang besar ni tak tahan, bayi apatah lagi.

Sebenarnya jika ibu bapa nak tahu, salmonella ni berpunca dari persekitaran contoh macam kita terpegang daging, ayam, sayur atau ikan mentah. Lepas tu kita terus pegang anak.

Dari situ kuman tu boleh berjangkit pada anak, atau pun kita nak buat susu anak. Sebelum tu ada terpegang yang mentah-mentah tu terus kita buat susu. Dekat situ pun boleh berjangkit, salah satu sebab lagi botol susu tak direbus. Doktor sarankan beli 6 botol susu untuk anak, bila habis pakai, tukar botol lain.

IKLAN

Kenal apa tu kuman salmonella

Salmonella adalah istilah yang merujuk kepada kelompok beberapa jenis bakteria yang boleh menyebabkan jangkitan Salmonella (salmonellosis) di saluran pencernaan.
Menurut WHO, Salmonella merupakan salah satu penyebab utama keracunan makanan di dunia.

Kredit: Public Health Malaysia

Tanda-tanda terkena jangkitan kuman salmonella ni ialah mual, cirit birit, perut cramp, badan menggigil, demam dan darah pada najis. Kalau ada tanda-tanda ni ibu-ibu tolong alert ye.

Lepas 9 hari on antibiotik sekali lagi doktor ambil najis untuk pastikan kuman ada lagi ke tidak dan akhirnya hari ke 10 result dah negatif. Mak lega sangat. Hari ke-11 dah discharge. Berkampung la mak kat hospital 11 hari.

Bagi ibu yang ada anak kecil kena sentiasa peka dan mesti lebih sensitif. Salmonella ni sangat bahaya untuk bayi. Kena basuh tangan selalu, pegang apa pun sebelum pegang bayi mesti basuh tangan.

Kredit: Aisyah Hussain

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)