Kehidupan kanak-kanak sekarang dalam era kecanggihan teknologi membuatkan anak seawal usia 4 tahun ada yang sudah pandai untuk mengakses telefon pintar orang dewasa. 

Untuk memastikan keselamatan, Ibu bapa atau penjaga perlu memasang kata laluan untuk sesetengah aplikasi kerana anak-anak kecil tidak memahami apa-apa dan boleh menekan apa sahaja tanpa berfikir. Kadang-kala ia boleh mengundang ‘malang’ buat orang dewasa jika tidak memantau aktiviti si kecil ini.

Menurut perkongsian Cik Miya Azira‎ melalui grup Anak Sepahkan Apa Hari Ini? di Facebook berkongsi cerita dan sekeping gambar dimana anak saudaranya yang berusia 5 tahun memesan makanan di aplikasi Food Panda sehingga mencecah RM1800++ kerana lapar.

Antara makanan yang dipesan termasuklah, Nasi beriyani gam 14 bungkus, daging Wagyu, Kebab Rice 4 bungkus dan banyak lagi.

Kejadian ini mungkin agak lucu tapi boleh menjadi mimpi ngeri sekiranya anak saudara dia menekan klik pada button Cash on Delivery (COD). Ikuti perkongsian ini.

Alkisah last week punya cerita. Anak sedara saya, main handphone saya, then dia order food panda! Order dari restoran mahal! Nasib baik food panda apps dalam phone bukan auto order. Kalau tak, RM1800++ makanan sampai kat rumah. Berderau jantung tacik dia…nasib baik anak sedara kesayangan. Boy 5 tahun. Lapar katanya. Nak makan pizza.

IKLAN

Edited: pesanan untuk ibu bapa sekalian..hati-hati dengan anak vs apps food panda..ada yang (Cash on Delivery) cod je..hehehe

 

Jumlah makanan yang dipesan sebanyak RM1,821.32. Memang betul-betul lapar si kecil ni!

Rata-rata netizen terhibur melihat jumlah makanan yang dipesan oleh si kecil ini.

BOLEH BUAT KENDURI

WAGYU DIA ORDER

Kredit: Cik Miya Azira

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)