Kadang-kadang kita tak perasan perlakuan anak-anak seperti takut basah kena air, takut pegang ais, geli pegang pasi dan sebagainya merupakan  tanda-tanda anak mempunyai masalah sensori.

Jika perkara tersebut ada pada si kecil anda, Dr Redza Zainol berkongsi aktiviti yang sesuai dilakukan bersama anak-anak di rumah terutamanya pada hujung minggu. Aktiviti sebegini bagus untuk merangsang deria sentuhan anak-anak anda. Mudah untuk dilakukan bersama si kecil tersayang.

ikuti perkongsian beliau:

Mak ayah patut risau bila:

– anak takut badan basah kena air
– takut pegang ais
– geli pegang pasir
– tak boleh makan makanan lembik
– takut pakai kasut
– suka nak pakai stokin dalam rumah
– asyik terjatuh dan cedera di rumah.

Boleh jadi ini tanda-tanda anak ada masalah sensori sentuhan.

Mujur ada aktiviti yang mak ayah boleh buat bersama anak supaya deria sentuhan ni sentiasa dirangsang.

Baca: Payahnya Nak Pujuk Anak Bila Mengamuk, Rupanya Mak Ayah Kena Tahu Beza Tantrum & Meltdown Baru Senang Nak ‘Handle’

Salah satunya ialah Finger Painting atau mewarna menggunakan jari dan tangan.

Sambil ransang deria anak, boleh juga kita perkenalkan warna-warna pada anak.

Anak umur 3 tahun selalunya dah tahu 2 warna.
Umur 4 tahun dah tahu 3 jenis warna.
Umur 5 tahun dah tahu minima 4 warna.

IKLAN

6 TIPS MEWARNA DENGAN JARI ( FINGER PAINTING) DAN RUMAH KEKAL BERSIH

✔️ Pakai baju khas

Boleh pakai apron comel beli kat Daiso atau paling mudah, sarung je T-shirt mak ayah yang dah lusuh.

✔️ Buat aktiviti di luar rumah

Boleh buat di beranda atau porch. Yang penting, BUKAN dalam rumah.

Senang mak ayah nak kemas.

✔️ Alas dengan kertas/kain

Sebelum mulakan aktiviti, alas dengan kain yang lebar atau alas dengan surat khabar banyak-banyak

Dah habis main, boleh terus buang surat khabar tu.

✔️ Letak cat dalam mangkuk yang besar dan berasingan untuk setiap satu warna

Kalau pakai pallet, sekejap je dah terbalik pallet tu. Kalau pakai mangkuk, anak boleh terus celup tangan dalam mangkuk tu.

✔️ Mood mak ayah dan anak yang gembira

Kalau anak tak gembira, bersedialah untuk situasi sepah yang berganda. Boleh jadi adegan budak baling mangkuk cat.

Mak ayah kena berlapang dada sebab ni dikira sebagai “messy play”. Memang akan bersepah ya.

Okay, tips terakhir untuk buat aktiviti ni lagi bermakna.

✔️ Pada kertas lukisan anak, tampal double tape yang tulis nama anak. Lepas aktiviti selesai dan kertas dah kering, cabut tape tu dan akan terpampang nama anak pada lukisan tu.

Bantu saya #sebarkan ilmu ni pada mak ayah yang lain. Sesuai sangat aktiviti ni dibuat pada hujung minggu.

Sumber: Dr Redza Zainol

Baca: Tahniah Anim Ezati Rizki, Selamat Lahirkan Bayi Perempuan. Nama Yara Alanna Khalsom Jadi Pilihan Untuk Puteri Sulung!

EPISOD 5 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANINA: Little Farm Dekatkan Anak Dengan Alam

Kanak-kanak harus didedahkan dengan alam kerana aktiviti ini akan membuatkan mereka lebih berani. Jika kita tidak mendedahkan mereka dengan alam dari kecil, ia mungkin akan  membuatkan anak-anak tidak berani untuk mencuba benda baru.

Saksikan Episod ke 5, Journey Bersama JoviaNina pada 23 September 2020, jam 9 malam hanya di Astro Ria saluran 104/124.

Nak macam-macam info? Join channel Telegram Pa&Ma D Parents