Tahniah diucapkan buat pasangan pengantin baru, Aurel Hermansyah dan pasangannya, Atta Halilintar yang bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi, selepas sebulan bernikah.

Melalui Instagram mereka, Atta dan Aurel memaklumkan perkhabaran gembira itu kepada seluruh pengikutnya.

Attar dan Aurel yang juga merupakan anak sulung penyanyi tersohor Indonesia, Kris Dayanti dan Anang Hermansyah dinikahkan pada 3 April 2021 yang lalu dan kini Aurel bunting pelamin.

“MasyaAllah.. terima kasih ya Allah, 1 bulan menikah dikasih anugrah terindah sama Allah, doain yaaaa onty online semoga diberi kesehantan❤️❤️🤲🏽

Setelah cek masa subur pakai Andalan Ovulation Test, terus kemarin cek pakai Andalan Pregnancy Test dan ternyata positif,” kongsi Aurel di Instagram.

Sementara itu, Atta turut berkongsi kegembiraan yang sama dengan turut berkongsi kisah bahagia kehamilan isterinya itu.

IKLAN

“Alhamdulillah Ya Allah, istriku positif hamil!

“My dream come true! GOLLLLL GOLLLL GOLLLL. Insyallah Anak Pertama ku,” tulis Atta di Instagramnya.

Meninjau satu entri berlainan di Instagram pasangan ini, turut dikongsikan video penuh momen indah ketika Aurel menyampaikan perkhabaran gembira itu kepada suaminya.

Dengan rasa syukur yang tidak terhingga kepada Allah SWT, Atta ternyata begitu teruja untuk menjadi ayah.

IKLAN

Instagram pasangan itu turut dihujani dengan ucapan tahniah daripada seluruh pengikut mereka.

 

Terdahulu, Aurel dan Atta mendirikan rumah tangga pada 3 April lalu pada majlis yang cukup meriah dan sempat berbulan madu di Bali, Indonesia.

IKLAN

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Atta Halilintar (@attahalilintar)

Aurel Hermansyah merupakan anak kepada pasangan penyanyi tersohor Indonesia, Kris Dayanti dan Anang Hermansyah.

Menarik: Rasa Nak Cubit Je Lesung Pipit Tu, Dah 5 Bulan, Warganet Teruja Anak Zahirah & Aiman Buat Muka Nakal

 

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Kredit: @attahalilintar & aurelie.hermansyah