Bandingkan perkembangan anak juga sangat penting. Sebagai contoh anak sepatutnya sudah boleh mula menyebut 1 patah perkataan menjelang 1 tahun 6 bulan, jika mereka masih tidak dapat menyebutnya, ia dianggap lewat. Bandingkan anak mengikut carta perkembang anak tersangatlah PENTING.

Jika berlaku sebarang masalah sekurang-kurangnya ibu bapa masih sempat untuk mendapatkan nasihat pakar berpengalaman. Terapis pertuturan, Puan Aishah Kassim berkongsi sedikit ilmu tentang bagaimana cara untuk ibu bapa untuk mengetahui sama ada anak mempunyai masalah kelewatan berbahasa.

Ramai yang tanya macam mana dan bila nak detect anak delay ke tak?

Ok saya bagi roughly idea berkenaan macam mana nak detect anak delay bercakap ya… cara senang macam ni je:

1) Compare dengan child normal development chart.. boleh google je.. dekat internet banyak

IKLAN

2) Umur 1 tahun patut dah boleh hasilkn first word (perkataan bermakna contoh: Mama refer pada ibunya) – kalau lepas 1y6m masih belum ada first word dah masuk kategori delay.

– Umur 2 tahun patut anak-anak dah mula combine perkataan jadikan ayat 2 PATAH PERKATAAN.. contoh: nak susu, mama nak, jom tido etc.. kalau sebutan pelat tak apa lagi time ni.. kalau 2y6m belum buat ayat lagi dah masuk category delay bahasa

– Umur 3 tahun anak start buat ayat 3 PATAH PERKATAAN.. contoh: nak makan roti, mama jom makan etc… kalau 3y6m masih tak combine 3 patah.. dah masuk category delay..

– Umur 4 tahun dah start bercerita dah.. dan ayat yang anak hasilkan 4 patah dan keatas..

– Umur 6 tahun dah macam perbualan orang dewasa dan boleh jawab kebanyakan jenis soalan yang kita tanya.. apa, siapa, kenapa, macam mana, bila & berapa.. kalau masih tak boleh dah masuk category delay..

Delay bahasa pun ada peringkat jugak.. ada ringan, sederhana & teruk.. bergantung berapa jarak umur semasa dengan kemahiran bahasa semasa..

Yang saya bagi ni skill minimum yang kanak-kanak patut ada ya.. kalau lebih, bagus 😊

Jadi.. jangan takut untuk check dan buat assessment tengok performance anak tau.. 😊😊 .. start awal, improvemnt lebih cepat dan lebih banyak masa untuk kejar umur masuk skolah…

Kredit: Aishah Kassim

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)