Anak kecil jalan berjengket adalah satu permandangan biasa yang selalu kita lihat. Nampak comel bila mereka takut-takut untuk memijak. Pun begitu perkara ini mungkin tidak mengapa untuk kanak-kanak di bawah usia dua tahun kerana masih cuba untuk merasai kesemua sturktur yang dipijak.

Namun selepas usia 3 tahun ke atas, jika anak tersebut masih berjalan berjengket, ibubapa atau penjaga harus merujuk anak kepada doktor atau pakar Perubatan untuk kenal pasti masalah sebenar anak.

Menurut pakar terapi carakerja Puan Siti ‘Aisyah Rozalli, ada beberapa sebab yang boleh menyebabkan seorang kanak-kanak itu jalan berjengket, antaranya ialah :

1. Tactile Defensiveness

Tactile defensiveness ini ialah terma yang digunakan untuk menerangkan reaksi yang wujud bila seseorang itu sangat sensitif pada sentuhan.

Selalunya kulit mereka sangat sensitif pada sentuhan berbanding orang lain terhadap benda-benda di sekeliling seperti pakaian dan permukaan. Anak istimewa selalunya mempunyai tactile defensiveness ini. Mereka tidak suka rasa pada sesetengah fabrik, mengelak dari menyentuh benda melekit seperti gam, playdoh dan Kadang-kadang benda yang kering seperti pasir.

Jalan berjengket juga salah satu ciri kerana mereka tak suka menyentuh atau berjalan atas permukaan berpasir atau rumput.

IKLAN

Mereka boleh dibantu dengan melakukan teknik intervensi memberus (brushing) dan tekanan sendi (joint compression)

Aktiviti secara santai juga boleh di galakkan bagi kanak-kanak yang suka jalan berjengket seperti berjalan atas rumput , berjalan atas pasir dan lompat dalam lumpur untuk membiasakan mereka dengan pelbagai rasa sentuhan pada kulit.

2️. Musculoskeletal Pain (sakit sendi)

Musculoskeletal Pain terjadi bila mana Kanak-kanak mengalami Kesakitan pada tulang, otot, saraf, ligament (musculoskeletal) daripada terseliuh, kekejangan dan lain-lain.

Mereka akan merasa sakit dan kejang pada beberapa bahagian otot kaki menyebabkan mereka tak selesa untuk berjalan seperti biasa dan perlu berjengket.

Ibubapa boleh membawa anak untuk dapatkan bantuan dari fisioterapi, dimana pakar akan mengesyorkan program Senaman yang sesuai untuk regangan dan menguatkan otot.

3️. Input Sensori keseimbangan tubuh badan @vestibular.

Ada juga keadaan dimana seorang kanak-kanak itu gemar menjengketkan kaki sewaktu berjalan kerana mereka gemarkan rangsangan input sensori vestibular (keseimbangan) yang mereka perolehi.

Cara jalan sebegitu membuatkan mereka rasa seronok berbuai-buai ke kiri dan ke kanan. Anak-anak sebegini boleh dibantu dengan memberikan mereka input sensori vestibular secukupnya melalui aktiviti bermain gymball atau bermain buaian.

PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANNINA BERMULA OGOS

Tak sabar nak tengok keletah comel Jeanelle? Pa&Ma Musim ke-8 kembali lagi di kaca tv menemani anda! Kali ini, kami membawakan edisi Pa&Ma Journey Bersama JovianNina. Jom kosongkan malam Rabu anda dengan menonton gelagat mereka pada jam 9 malam, hanya di Astro Ria saluran 104 & 124. Set kalendar anda sekarang yaa !

#PaMaJourneyBersamaJovianNina
#AstroRIA
#MajalahPAMA

Nak macam-macam info? Join channel Telegram Pa&Ma D Parents 

Sumber: TheProParenting via Siti Aishah Rozali