Mayat seorang bayi perempuan yang masih bertali pusat ditemui di dalam sebuah kotak plastik yang ditinggalkan di belakang sebuah premis perniagaan di Batu Pahat, Johor.

Letak dalam kotak plastik

Menerusi laporan Harian Metro, bayi malang itu telah ditemui oleh orang awam sebelum mereka bertindak melaporkan kepada pihak berkuasa.

Menurut, Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah, berdasarkan keadaan mayat yang sudah mereput, pihak polis percaya mangsa telah tinggalkan di lokasi kejadian lebih daripada 24 jam.

IKLAN

Polis sudah meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar premis perniagaan berdekatan tempat kejadian yang menunjukkan seorang lelaki meletakkan kotak berkenaan pada 27 April lalu.

Susulan daripada itu, mayat bayi berkenaan telah dihantar ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) Batu Pahat untuk proses bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.

ARTIKEL MENARIK [Bermain Atas Katil Sebelah Tingkap, Bayi Perempuan 11 Bulan Jatuh Tingkat 3]

Menurut sumber, kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan cara membuang mayat.

IKLAN

Sekiranya disabitkan kesalahan, pelaku boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

IKLAN

Sementara itu, beliau meminta orang ramai menghubungi ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat di talian 07-4363300 sekiranya mempunyai maklumat berhubung kejadian.

Kredit: Harian Metro

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)