Tahun ini, situasi anak-anak papa mama yang tahun 1 tak sama seperti anak-anak tahun 1 tahun-tahun sebelumnya. Jika dulu ada sesi orientasi selama seminggu untuk perkenalkan kawasan sekolah, tetapi dalam norma baharu ini mungkin dah tak sama.

Jadi penting untuk ibu bapa persiapkan emosi anak agar mereka dapat menerima suasana baru di sekolah kerana musim Covid ini ibu bapa tak boleh menunggu di dalam kawasan sekolah kerana bilangan orang pada satu masa perlu dihadkan.

Mungkin ada yang risau tetapi tip yang dikongsikan oleh pengetua tadika, Puan Ashikin Hashim ini boleh dijadikan panduan ibu bapa.

Persediaan anak masuk darjah 1. Selain persediaan akademik, apa lagi yang anak perlu belajar? InshaAllah 1/3/2021 akan bermulalah sesi persekolahan untuk anak-anak pra sekolah, darjah 1 dan 2. Termasuk lah saya berdebar nak hantar anak bongsu yang darjah 1.

Dulu sebelum musim pandemik, ada anak-anak yang berpeluang melawat sekolah melalui program tadika untuk membiasakan mereka dengan suasana sekolah. Tapi sekarang disebabkan Covid, tak ada program sebegini. Anak mungkin zero knowledge berkenaan sekolah yang bakal dia pergi.

Jadi, apa persediaan yang kita kena siapkan selain persiapkan akademik mereka? Saya senaraikan beberapa dan ibu-ibu boleh tambah jika ada yang saya terlepas ya.

IKLAN

1. Pastikan anak sudah boleh pakai dan tanggal baju sekolah sendiri. Ini sangat penting bagi anak yang duduk di transit. Mana nak letak baju yang dah pakai, cara nak sangkut baju dan sebagainya.

2. Jika dulu kita latih anak guna duit dan cara beratur di kantin, musim pandemik ni mungkin kita kena sediakan bekal dari rumah. Lebih selamat dan terjamin kebersihannya. Anak-anak pun tak perlu ambil masa beratur nak membeli. Tapi tak salah ajar anak cara guna duit. Mungkin ada barang yang dia nak beli di koperasi sekolah.

3. Cara buka seluar/kain dan seluar dalam semasa bak pergi toilet. Ini sangat penting. Jika anak tak pandai buka seluar separuh, macamana caranya. Mana pula nak letak seluar jika anak buka semua. Sekolah anak saya kena buka kasut dan pakai selipar bila masuk tandas huhu.

IKLAN

4. Cara basuh selepas membuang air besar dan kecil. Cara letak paip dan gayung. Ini semua penting kena ajar.

5. Ajar anak tempat tunggu masa balik. Cari port yang mudah. Pesan anak jangan pergi tempat lain. Jika anak naik transport, bincang pula dengan transporter.

6. Yang ke 6 ni mungkin terkeluar tajuk sikit tapi saya selalu cakap pada anak, guru di sekolah rendah tak sama dengan tadika tau. Guru di tadika mungkin ada masa nak pujuk nak peluk nak lap hingus. Tapi di sekolah rendah, guru lebih tegas, dan semua benda kena berdikari tak boleh harap guru.

IKLAN

Cukup lah dari saya. Jika ada tambahan boleh lah berkongsi ya.

Kredit: Ashikin Hashim
Mak 4 Anak
Pengetua Tadika

**Dapatkan barang keperluan anak pada harga yang cukup istimewa. Nak tahu lanjut klik sini

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Terima kasih PakNil! Mahu taja vaksin Covid-19 kepada yang memerlukan. Baca di AWANI