Penggunaan gajet pada anak, lebih-lebih lagi pada anak di awal usia sememangnya dilarang keras. Pun begitu jika menggunakan gajet untuk meransangang deria anak, ada baiknya mak ayah baca dahulu penggunaan gajet seperti yang dikongsikan pakar ini.

Menurut Pn Maryam Jamadi, Terapis Carakerja (Occupational Therapist), penggunaan gajet pada anak perlu berpada-pada. Malah mak ayah juga perlu tahu di mana keperluan dan bagaimana untuk menggunakan gajet supaya lebih bermanfaat untuk anak.


ANAK ASYIK NAK TENGOK GADGET/SKRIN?

Kelmarin saya ada buat LIVE tentang isu di atas, bagi mak ayah yang terlepas. Ringkasan sharing saya:

1. Umur berapa anak mula pandai tengok skrin?
– Seawal umur 3 bulan sebab sewaktu itu penglihatan bayi dah mula jelas.
– Lebih tertarik dengan warna yang kontra dan terang terutamanya putih, merah dan hitam.

2. Kenapa anak suka tengok skrin?
– Anak umur 2 tahun ke bawah sentiasa mencari rangsangan deria penglihatan dan pendengaran. Masa ini waktu genting untuk perkembangan sensori mereka.
– Anak umur 6 bulan sudah pandai memanipulasi mak ayah.

IKLAN

3. Had masa untuk anak?
– Umur 0- 18 bulan – ZERO
– Umur 18 bulan – 2 tahun – 30 minit sehari bersama mak ayah
– Umur 2 tahun – 5 tahun – 1 jam sehari
– Umur 5 tahun ke atas – 2 jam sehari

4. Apa risiko pendedahan skrin berlebih?
– Ada kajian, setiap 30 minit anak didedahkan dengan skrin semasa umur 18 bulan ke bawah meningkat 48% risiko kelewatan bercakap.
– Risiko masalah sistem penapisan bunyi (auditory filtering), anak tersalah filter bunyi penting dan tak penting.
– Masalah tingkahlaku sebab anak akan mudah jadi tidak sabar dan tantrum.
– “Autism- like symptoms”, ada simptom seperti autisme tetapi bukan autisme sebenar.

5. Bila anak boleh akses internet?
– Semasa 7 tahun ke bawah perlu pantauan 100% akses internet sebab waktu ini anak belum boleh menapis maklumat yang diterima.
– Jika mak ayah ajar anak guna skrin dengan betul, hadkan penggunaan harian dan pantau, sepatutnya tiada masalah lain.

6. Mak ayah bekerja, terpaksa bagi anak tengok skrin?

IKLAN

Sekiranya dalam situasi yang tidak dapat dielakkan, boleh cuba:
– Pilih rancangan yang sesuai ikut umur anak, pastikan anak faham apa yang dilihat.
– Bayi umur 18 bulan ke bawah, perlu cari rancangan yang bergerak perlahan, rentak yang tenang dan warna yang lembut untuk mengelakkan masalah terlebih rangsangan deria visual dan audiotori.

– Untuk anak 18 bulan ke atas, boleh cari rancangan yang ada libatkan pergerakan berbanding duduk tengok sahaja.
– Lepas tengok, minta anak ceritakan kembali untuk kenalpasti pemahaman anak.

7. TV atau gadget?
– TV lebih baik dari gadget sebab TV kita boleh kawal dan hanya ada 1 tempat berbanding gadget boleh dapat di mana-mana.
– Pastikan mak ayah ada 100% ownership dan anak kena hormat supaya mudah di masa akan datang.

8. Anak dah mula ketagih skrin?
– Kalau anak tak ada masalah perkembangan, boleh cuba hadkan masa dan kekerapan.
– Sekiranya anak dah mula ada masalah kelewatan perkembangan, mohon tutup 100% skrin. Seminggu pertama memang agak mencabar tetapi kesannya akan nampak pada minggu seterusnya.
– Banyakkan bermain dengan anak untuk alihkan perhatian anak dari teringat skrin.
– Mak ayah juga perlu elakkan tengok gadget semasa dengan anak.

IKLAN

Jangan terlampau marah anak asyik nak gadget sekiranya kita mak ayah yang kenalkan gadget pada anak. Perlu faham dan sentiasa bersabar untuk “ceraikan” gadget dari anak. Semoga berjaya ya!

Silakan share sekiranya bermanfaat.

Artikel berkaitan:Selalu Dengan Gajet Punca Anak Boleh Sakit Kepala Sampai Tahap Ni Kena Ambil Serius

Doktor Jelaskan Kes Anak Juling Akibat Gajet, Membimbangkan, Elak Sebelum Terlambat

Nak relaks, jom cuci mata di SINI.

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)