Biasanya jika kita sudah dikurniakan dengan dua orang anak perempuan pada awalnya, sudah tentu akan memasang impian untuk mempunyai anak lelaki pula untuk kali ketiga. Tapi siapalah kita untuk melawan takdir Allah SWT. Apabila disahkan hamil anak ketiga, mengandung sembilan bulan, yang keluar akhirnya anak perempuan juga.

Artikel Menarik: [Bila Suami Ucap Terima Kasih, Ada Satu Aura Positif Buat Isteri Bahagia]

Meski di hati terselit sedikit rasa kecewa namun ketentuan Ilahi ini harus kita terima dengan redha. Rezeki anak urusan Dia Yang Maha Esa. Pasti ramai ahli keluarga atau teman yang berkata “Lahhhh.. rezeki kau dapat anak dara lagi.” Harapnya kita tidak teremosi dengan luahan sebegitu. Hakikatnya pasangan yang memiliki tiga orang anak perempuan punya kelebihan yang tersendiri malah disebut oleh Rasulullah s.a.w.

Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud:

“Sesiapa yang memiliki tiga anak perempuan, lalu dia bersabar dengan kerenah,kesusahan dan kesenangan mereka,nescaya Allah s.w.t akan memasukkannya ke dalam syurga dengan kelebihan rahmat-NYA untuk mereka.”

Seorang lelaki bertanya,

“Juga untuk dua anak perempuan wahai Rasulullah?”

IKLAN

Sabda baginda,

“Juga untuk dua anak perempuan.”

Seorang lelaki berkata,

“atau untuk seorang wahai Rasulullah?”

Rasulullah SAW menjawab,

IKLAN

“Juga untuk seorang.”

(Hadis Riwayat Ahmad dan Al-Hakim)

Namun, riwayat ini diperluaskan juga kepada seseorang yang memelihara saudara perempuan. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :

IKLAN

“Tidak ada bagi sesiapa tiga orang anak perempuan ataupun tiga orang saudara perempuan, lalu dia berbuat baik kepada mereka,melainkan Allah Taala akan memasukkan mereka ke syurga.” (Hadis Riwayat Al-Bukhari)

 

Artikel Menarik: [Jadilah Suami Isteri Yang Baik, Barulah Kita Boleh Jadi Ibu Bapa Yang Baik. Ibu Ayahlah Idola Anak-Anak]

Daripada Aisyah R.A dari Rasulullah SAW baginda telah bersabda yang maksudnya:

“Sesiapa yang diberati menanggung sesuatu urusan menjaga dan memelihara anak-anak perempuan, lalu ia menjaga dan memeliharanya dengan baik,nescaya mereka menjadi pelindung baginya daripada api neraka.” (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim dan Tirmidzi)

 

Artikel Menarik: [Jarakkan Diri Lebih Baik Dari Marah Anak, Bimbang Anak Simpan Dalam Hati!]

 

Daripada ayat-ayat ini kita boleh melihat betapa kelebihan memiliki ramai anak perempuan. Apatah lagi jika ibu bapa menjaga serta mendidiknya mengikut landasan yang betul dan anak itu sendiri patuh pada suruhan agama. Ia boleh menjadi pelindung ibu bapa daripada api neraka.

Sumber: myinfoharian.com