Seiring dengan peredaran zaman, penggunaan gajet lebih menjadi pilihan kanak-kanak berbanding permainan atau sesuatu aktiviti yang melibatkan fizikal. Kadang tu, ada dalam kalangan anak-anak yang sanggup tak makan.

Malah ada juga anak-anak boleh duduk diam berjam-jam menghadap skrin gajet semata-mata untuk menonton rancangan kartun yang pelbagai di saluran Youtube. Disebabkan anak yang duduk diam, kebanyakan ibu bapa rasa selesa dan bagus lagi-lagi bila bawa anak keluar ke mana-mana. Tak perlu nak berkejar ke sana sini.

Namun pernah tak kita terfikir anak yang melihat gajet tanpa pemantauan ibu bapa ada kesan negatif yang tak dijangka sama sekali. Contohnya sekarang banyak kandungan dalam program Youtube turut menyelitkan unsur ‘lucah’.

Mungkin kita tak perasan kerana kartun yang diselitkan unsur sebegini adalah kartun yang banyak memberi pengajaran yang baik sebelum ini. Melalui perkongsian di Facebook Siti Fatimah Mohd Hadhari , ibu bapa kena lebih berhati-hati.

Disarankan untuk sentiasa pantau dan jangan terlalu percayakan pada anak-anak walaupun kita anggap anak hanya menonton kartun sahaja.

IKLAN

CHANNEL YOUTUBE ANAK ADA UNSUR LUCAH?

Ya Allah, apa semuaa ni? Berderau darah. Keluar ultraman tu masa saya nak buka youtube tadi. Terus saya explore upin ipin sebab anak-anak suka tengok upin ipin.

IKLAN

Berikut merupakan antara beberapa laman Youtube yang memaparkan kandungan yang negatif untuk kanak-kanak. Menggunakan karakter kartun kegemaran kanak-kanak masa kini, perkara ini mungkin akan menyebabkan mak ayah terlepas pandang. Mana tidaknya, anda mungkin akan ingat anak-anak tengah menonton rancangan kartun yang betul!

Jadi, salah caranya adalah mak ayah perlu menggunakan Youtube Kids supaya kandungan tontonan anak-anak dapat dikawal dan lebih selamat.

IKLAN

Lagi bagus jika ibu bapa dapat ‘lupakan’ anak-anak dengan gajet dan lakukan aktiviti lain yang sememangnya boleh memberi manfaat untuk perkembangan anak. Sayangilah anak kita sebelum otak mereka diracuni dengan kandungan yang tak sepatutnya mereka tonton secara dalam diam.

Sumber: Siti Fatimah Mohd Hadhari

**Sambil anak bermain, boleh belajar. Dapatkan permainan ini pada harga promosi di sini

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)