Apabila anak minta sesuatu seboleh-bolehnya kita nak penuhi permintaan anak. Betul tak? Saat kita rasa susah, sebenarnya ada lagi yang lebih susah. Bersyukurlah kita suami isteri masih boleh memberi kegembiraan pada anak-anak walaupun tak mewah.

Sekurang-kurangnya apabila anak nak makan sesuatu yang istimewa, kita boleh sediakan lagi walaupun bukan secara kerap. Tiada apa yang diharapkan oleh ibu bapa melainkan keperluan anak cukup, makan dan pakai sempurna dan mendapat pendidikan terbaik.

Rumah kita tak besar, itu nombor dua, janji ahli keluarga hidup selesa dan sama-sama menikmati kehidupan yang bahagia.

Apa yang menyentuh hati, perkongsian dari seorang guru, Norunajwa bt Safiei mengenai kisah anak muridnya cukup buatkan sesiapa sahaja sebak. Tak semua orang bernasib baik dan dapat menikmati makanan sedap.

Bukan kisah anak saya..tetapi kisah anak murid saya..

Selepas mengagihkan makanan kantin kepada murid yang menempah makanan, ada baki sebungkus chicken chop kerana ada murid yang tidak hadir.

Saya mencari jika ada murid yang tidak bawa bekal makanan untuk diberikan makanan tersebut. Tetapi masing-masing telah kekenyangan. Tiba-tiba..

IKLAN

“Cikgu, boleh tak saya nak chicken chop tu? Sebab saya nak bawa untuk kakak dan keluarga saya. Kakak saya nak sangat rasa makan chicken chop. Dia tak pernah makan chicken chop. Saya nak bagi dia rasa. Boleh cikgu?”

“Oh ok. Ambillah chicken chop ni. Berikan pada kakak awak. Awak nak bagi kakak rasa chicken chop ye?

“Haah cikgu. Nanti mesti kakak saya suka.”

IKLAN

“Mak dan ayah awak kerja? ”

“Ayah dulu kerja. Tapi sekarang dah tak kerja. Sebab PKP. Mak saya kerja kilang”.

Sungguh saya tersentuh dengan anak murid saya ini. Seorang anak dan adik yang baik. Seorang anak yang ingat keluarga juga. Saya doakan anak ini berjaya dan terus menjadi anak yang baik untuk keluarga.

IKLAN

Kita sebagai ibu, terasa apa yang ada dalam jiwa anak tu..

Baik sungguh kamu wahai anak..

Kredit: Norunajwa Bt Safiei

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)