Rabu lalu pereka fesyen terkenal Rizman Nordin mengumumkan berita mengenai kelahiran puteri sulungnya, sehari selepas berita gembira itu, Rizman dilihat membuka akaun Instagram buat si kecil yang comel ini.

Akaun peribadi bayinya itu menggunakan nama @rizqaarizman itu mula memuat naik foto pertamanya yang comel.

Sejak itu, ramai wargamaya yang meninggalkan komen di Instagram Rizman dengan menyatakan betapa bertuahnya RIzqaa kerana bakal disarungkan dengan busana indah rekaan bapanya sendiri.

Baca: Seri Ibu Mengandung, Tak Pernah Tak Cantik Walau Tengah Hamil 7 Bulan! Isteri Rizman Nordin Bakal Lahirkan Anak Perempuan

Kata-kata tersebut menjadi kenyataan apabila Rizman memuat naik foto Rizqaa memakai baju bayi dengan label RR di akaun IG anak sulungnya itu.

“Yes what i said is true! Dia lahir-lahir mesti akan pakai baju brand bapak dia @rizman.n so cutee @rizqaarizman!, “ tulis seorang pengikut di IG Rizqaa, teruja.

IKLAN

Selain itu, ada juga pengikut yang mahu Rizman mengeluarkan rekaan khusus untuk pakaian bayi pula selepas ini.

“Mungkin Rizman boleh keluarkan baju baby pulak lepas ni. Cantik la baju baby tu,” cadang seorang pengikut lagi.

Rabu lalu, pemilik jenama Rizman Ruzaini, Rizman Nordin mengumumkan isterinya, Nurida Suraya telah selamat melahirkan bayi perempuan mereka.

Berita gembira tersebut diumumkan Rizman menerusi laman sosial Instagram (IG)nya kira-kira pukul 11 pagi.

Baca: Kelahiran Yang Dinanti, Isteri Selamat Lahirkan Bayi Perempuan, Rizman Kini Bergelar Bapa!

 

 

View this post on Instagram

 

Harini Rizqaa pakai topi warna pink pulak. Daddy buat.

A post shared by @ rizqaarizman on

Kelahiran Rizqaa turut mendapat ucapan tahniah daripada rakan selebriti seperti Nurfazura dan Rozita Che Wan.

Nur Fazura turut melawat bayi comel sahabat baiknya itu di hospital, sebaik sahaja menerima khabar gembira daripada Rizman.

View this post on Instagram

Hi Mummy Faz 👋🏽 💖🌸

A post shared by @ rizqaarizman on

Sumber: Gempak & IG Rizman Nordin, RizqaaRizman

Jangan lupa saksikan Pa&Ma Journey Bersama JovianNina. Akan bersiaran setiap Rabu pada jam 9 malam, dan ulangan setiap Ahad jam 9.30 pagi hanya di Astro Ria saluran 104 & 124.

Nak macam-macam info? Join channel Telegram Pa&Ma D Parents