Sempena ulang tahun pertama kelahiran anak sulungnya, pelakon Izara Aishah mengimbas kembali momen indah ketika menyambut kelahiran puteri sulungnya, Irisa Alaia.

Tidak pernah berkongsi sebelum ini, Izara turut memuat naik beberapa video pendek di Instagramnya yang merakamkan detik indah sebelum kelahiran anak sulungnya ketika negara berdepan dengan pandemik Covid-19.

“15th April 2020,” tulisnya ringkas di Instagram.

Perkongsian empat video dari pelakon cantik itu sesungguhnya menggambarkan situasi genting saat berdepan kelahiran itu.

Seawal empat pagi, dia dan suami sudah ke hospital kerana menunjukkan tanda-tanda bersalin. Dan kemudiannya ketika berada di hospital, juga ketika detik Irisa baru sahaja dilahirkan. Semuanya meninggalkan satu memori yang cukup bermakna bagi Izara dan suaminya, Adib.

Rata-rata warganet menyifatkan Irisa secantik ibunya sehingga jelas terlihat sebaik detik dilahirkan. Comel seperti anak patung, begitu yang dikongsikan oleh warganet.

IKLAN

“Definisi lahir lahir je terus cantik”

“She’s so adorable”

“Last video tu macam baby doll”

IKLAN

Sambutan Hari Lahir Serba Merah Jambu
Terdahulu, Izara turut mengadakan satu majlis ringkas buat puteri sulungnya itu, bertemakan serba merah jambu.

Irisa yang kini sudah pun berusia satu tahun itu sememangnya menjadi peneman setia ibunya malah ‘nyawa’ bagi pasangan suami isteri ini. Secantik ibunya, Irisa juga mudah tersenyum dan cukup menghiburkan.

“Mama punya little nyawa, mama’s first love, mama’s whole world, my heart my everything.

IKLAN

“Alhamdulillah you’re 1 sayang mama.. Happy First birthday anak ma sayang,” tulisnya di Instagram.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Izara Aishah Adib (@izaraaishahofficial)

 

Terdahulu, Izara mendirikan rumah tangga bersama anak tiri Datuk Seri Siti Nurhaliza, Adib Khalid pada 17 November 2017 dan kini pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata, Irisa Alaia yang dilahirkan pada 15 April 2020.

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Kredit: @izaraiashahofficial