Tanpa pemantauan dari mak ayah, anak-anak kita cenderung dan mudah terpengaruh dengan pelbagai anasir tidak sihat. Disebabkan itulah pengetahuan asas mengenai seksualiti perlu didedahkan pada anak-anak kita supaya mereka tahu membezakan yang mana baik atau tidak.

Menurut Penulis Keibubapaan, Pn Wan Nur Syakira, pendidikan seksualiti haruslah bermula dari rumah, tidak kira anak lelaki mahupun perempuan.


Sebenarnya ada ibu yang mesej saya mengatakan kekesalan bila dia lambat mengajar dan mendidik anaknya tentang pendidikan seksualiti yang betul. Akhirnya, anaknya menjadi mangsa oral seks.

Ada juga menulis komik lucah.

Ada kes lain banyak yang terlibat dengan pornografi sehingga ketagih.

Ada juga ibu mengadu, mereka menjadi mangsa sexual grooming ketika kecil dan tidak mahu ianya terjadi pada anaknya pula.

Begitulah. Sedih kan? Peranan ibu bapa teramat besar dalam membimbing anak dalam semua benda dan perkara. Khususnya pendidikan seksualiti. Biarlah ibu bapa jadi guru pertama anak-anak. Ini yang mak ayah boleh lakukan di rumah untuk bantu anak-anak didedahkan ilmu seksualiti.

PERSEDIAAN IBU BAPA DALAM MEMBERIKAN PENDIDIKAN SEKSUALITI

1. ILMU YANG TEPAT DAN BETUL
Ibu ayah harus sentiasa luangkan masa mencari ilmu dan merujuk mereka yang pakar. Pentingnya ibu ayah mencari ilmu supaya ibu ayah tak tak ragu-ragu dan yakin dengan apa yang nak kita ajar.

IKLAN

Perjalanan untuk mendidik akan rasa lebih terarah dengan ilmu yang betul. Ibu ayah boleh tambah ilmu tentang seksualiti, ilmu perkembangan kanak-kanak dan ilmu agama.

2. SIKAP YANG SEJAHTERA DAN SEIMBANG
Ibu bapa harus memiliki sikap yang sejahtera dan matang berkenaan topik ini. Ibu bapa tidak boleh bersikap terlalu konservatif. Pandangan konservatif melihat seks adalah kotor, hina dan jijik.

Ibu bapa juga tidak boleh bersikap liberal dan bebas lepas serta menganggap seks satu cara utama untuk ekspresi diri dan kepuasan nafsu tak perlu dibendung. Tiada batasan dan tiada tanggungjawab. Ibu bapa perlu bersikap pertengahan yang sejahtera dan seimbang.

Aspek seksualiti diakui penting dalam kehidupan tapi memerlukan kerangka, garis panduan, batas dan sempadan supaya dapat dimanfaatkn sebaiknya.

Ibu ayah kena buang perasaan malu dan jahil, niat untuk mendidik anak, bukan nak melucah atausbgainya, untuk bantu anak melalui kehidupan dengan ilmu, dan dapat redha Allah dalam setiap benda yang dilakukan.

IKLAN

3. HUBUNGAN YANG ERAT DENGAN ANAK
Ibu bapa harus membina hubungan yang erat dengan anak dengan banyakkan berbual, bermain, meluangkan masa bersama tanpa sebarang gangguan.

Ibu bapa perlu menjadi mereka yang dipercayai dan rapat dengan anak-anak.

4. KEMAHIRAN KOMUNIKASI YANG BAIK
Ibu bapa juga perlu mempunyai kemahiran komunikasi dengan anak-anak. Kanak-kanak yang berisiko tinggi untuk jadi mangsa pedofilia adalah kanak-kanak dari keluarga yang komunikasi rendah. Ibu bapa perlu serasi dengan anak-anak dan tahu apa yang mereka hadapi.

Ciri-ciri komunikasi yang baik ialah ;
✅ menggunakan perkataan dan nada yang baik
✅jangan potong cakap
✅mempunyai eye contact ketika berkomunikasi
✅bahasa tubuh yang baik
✅mendengar dengan baik dan penuh perhatian

Kemahiran mendengar perlu dipelajari oleh ibu bapa kerana sebanyak 60 peratus masalah dalam komunikasi adalah berpunca daripada kegagalan ‘mendengar’.

IKLAN

Ibu bapa perlu mengambil kira dan mengenali perwatakan dan personaliti kanak-kanak. Ada yang ekstrovert dan suka bertanya, ada yang pasif (introvert) dan pendiam.

Ibu bapa perlu mengambil kira kematangan kanak-kanak untuk memberikan pendedahan yang sesuai mengikut kemampuan berfikir dan kematangan mereka.

5. KAWALAN EMOSI YANG BAIK
Ibu bapa perlu mempunyai sifat sabar, berlapang dada, menerima soalan dan berbincang tanpa cepat menghukum dan menjaga raut wajah. Ibu bapa perlu belajar memberikan ruang anak bercerita dahulu.

Renungi bagaimana Nabi Yakub mendengar anaknya, Nabi Yusuf menceritakan perihal mimpinya kepada baginda. Nabi Yaakub memberikan ruang dan tidak cepat menghukum cerita anaknya yang masih kecil.

Jom sediakan diri untuk menjadi ibu bapa yang jadi rujukan dan dipercayai oleh anak-anak.

Artikel berkaitan: Jaga Kepercayaan Anak Perempuan, Barulah Anak Tak Kekok Nak Mengadu Apa-Apa Pada Ayah

Berhenti Panggil Nenen Atau Bebird Depan Anak, Ini Sebabnya!

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)