Setiap kali memuat naik gambar atau video di media sosial, si comel Shariq Gabriel, putera sulung kepada pelakon Emma Maembong dan suaminya, Muhammad Shazril Azhar sentiasa menjadi perhatian.

Dengan seraut wajah comel gabungan ibu dan ayahnya, juga memiliki warna mata kelabu, pastinya cukup memikat sesiapa sahaja yang memandang.

Terbaru menerusi Instagramnya, Shariq kelihatan begitu tenang ketika didodoikan oleh ayahnya atau dengan panggilan manja ‘Baba’ ketika mendodoikan bayi comel itu tidur.

Asyik mendodoikan anak hingga Baba tertidur. Begitu kongsi Emma menerusi Instagramnya anaknya.

IKLAN

“@shariqgabriel baba nak tido kan, tapi dia yang tertido,” tulisnya di kapsyen.

Namun bukan gelagat itu yang menjadi perhatian wargamaya tetapi alunan ayat-ayat suci Al-Quran yang dibacakan oleh ayahnya ketika mendodoikan Shariq menjadi perhatian mereka.

Rata-rata warganet memuji alunan suara Shazli melantunkan ayat-ayat suci itu dengan baik, lancar dan tenang. Tidak hairanlah Shariq begitu kusyuk dan tenang ketika mendengar ayahnya mengaji.

IKLAN

“Untung anak ..ayah tidurkan dengan ayat-ayat Quran”

Alhamdulillah…sejuk dengar bacaan surah-surah babah nya…tahniah dik”

“Good boy. Dia dengar baba dia baca ayat² AlQuran. Semoga menjadi anak yang sholeh”

IKLAN

Semoga Shariq membesar menjadi anak yang soleh, sihat dan bijak serta membahagiakan ibu dan ayahnya.

Artikel berkaitan: Mama Yang Nangis Beriya, Emma Maembong Positif Covid-19, Menangis Anak Terpaksa Buat Swab Test

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Kredit: @shariqgabriel