Perjalanan melalui Proses Persenyawaan In-Vitro (IVF) sememangnya tidak mudah. Ada yang berjaya mengesahkan kehamilan dengan jaya malah ada berdepan sebaliknya.

Bersempena hari lahirnya yang ke-42, penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza tampil berkongsi sebuah video perjalanan beliau melakukan rawatan IVF bagi mendapatkan kehamilan keduanya.

Menerusi saluran Youtube, Siti tampil berkongsi sebuah video berdurasi 16 minit. Pelbagai reaksi yang diterima peminat tidak kurang juga amat tersentuh hati dengan perkongsian Siti. Satu perjalanan yang cukup mendebarkan.

“Proses IVF ini sangat mendebarkan sebab saya pernah melaluinya beberapa kali, yang gagal tu banyak kali lah. Jadi bila kali kedua ini hati lebih berdebar-debar sebab tak tahu Allah masih kurniakan lagi tak peluang untuk hamil sekali lagi,”kata Siti berharap.

Kata Siti juga, pada awalnya rawatan yang dijalaninya berdepan sedikit masalah kerana kesan pembedahan dan pendarahan yang dialaminya ketika melahirkan Aafiyah.

“Saya berserah 50/50 sebab kali kedua nak masukkan baby pun ada dugaan dia.

“Saya akan masukkan embrio pada 14 Ogos, hari Jumaat. Proses kali ini lebih ringkas sebab baby memang dah sedia ada, “sama tarikh dengan Aafiyah, tinggal nak masukkan ke dalam rahim sahaja,” ceritanya lagi.

IKLAN

Berehat panjang selama 2 minggu
Selepas tempoh memasukkan embrio itu, akui Siti dia benar-benar menjaga dirinya dengan berehat sebanyak mungkin. Malah kata Siti lagi dia benar-benar menjaga pergerakkannya ketika berada di dalam rumah malah hanya berada di dalam bilik sahaja sepanjang tempoh itu.

“Dalam masa dua minggu selepas baby dimasukkan dalam rahim, saya kena hadkan pergerakan saya, berjalan walaupun dalam bilik, saya jalan pelan-pelan, kepit macam orang dalam pantang.

“Solat pun saya solat duduk, makanan pun saya minta hantarkan sahaja di bilik walaupun ada lif dalam rumah tapi saya pilih untuk duduk di bilik sahaja sepanjang tempoh itu.

“Saya juga tak makan pedas-pedas, tak makan makanan separuh masak dan inilah juga yang saya amalkan waktu saya mengandungkan Aafiyah dahulu,” kongsi Siti lagi.

Siti juga turut berkongsi beberapa hasil keputusan kit pengesan kehamilan yang dilakukannya setiap hari. Pun begitu, selagi ujian darah belum dilakukan kata Siti, dia masih lagi berteka teki. Dan akhirnya pada tanggal 14 September 2020, Siti sah mengandung selepas ujian darah dilakukan.

Sayunya melihat Siti yang terharu dan mengalirkan air mata dengan keputusan itu. Allah berikan rezeki sekali lagi untuk mengandung kali kedua.

“Sekarang bila ada cahaya mata dua orang, Alhamdulillah dah melengkapkan saya sebagai seorang ibu, ” kata Siti bersyukur.

Sehingga kini, video perjalanan kisah kehamilan itu menerima lebih 144,000 tontonan daripada seluruh peminat Siti.

Pastinya kelahiran adik Aafiyah pada sekitar April tahun ini ditunggu-tunggu seluruh peminat Siti.

Pada 1 Disember 2020 yang lalu, Siti dan suami tampil mengumumkan kehamilan keduanya yang ketika itu berusia empat bulan.

Artikel berkaitan: Alhamdulillah Dah Lengkap Sepasang, Siti Umum Bakal Dapat Anak Lelaki, Pilih Nama Bermula Muhammad A

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)