‘Anak saya skip merangkak elok sahaja. Anak saya terus jalan memang tidak merangkak. Anak saya memang suruh merangkak mengamuk.’

Ini antara beberapa situasi yang pernah ibu ayah kongsikan.

Merangkak adalah satu perkembangan fitrah anak. Julat masa merangkak adalah antara 6 ke 9 bulan.

Ada yang lebih awal? Ada
Ada yang lewat dari 9 bulan? Ada
Ada yang skip terus jalan? Ada

Sebaik-baiknya amat digalakkan anak melalui Fasa Merangkak ini kerana bila anak merangkak anak akan dapat latih:

IKLAN

✔️ Koordinasi Mata dan Tangan
✔️ Input Proprioseptif pada Otot dan Sendi yang bagus untuk Kesedaran Tubuh atau body awareness
✔️ Eye tracking untuk Tulis dan Baca
✔️ Kekuatan Otot Core, Tangan dan Kaki
✔️ Stimulasi Refleks terutama STNR dan Spinal Galant

Ya ada anak bertuah jika tidak lalui fasa ini masih dapat lagi Baca, Tulis dan Berdikari.

Tapi lagilah seronok anak-anak jika melalui fasa ini dapat Bonus Input lebih banyak pada Otak anak.

Bagaimana mahu latih?

Banyak teknik yang terapis akan cadangkan.

Dan paling santai ibu ayah lakukan susun banyak bantal di rumah. Buat seperti kubu kemudian atas sikit dari kubu ikat kain dari satu penjuru ke satu penjuru. Sudah macam ada bukit dalam Cave. Minta anak merangkak atas Bukit Bantal dalam Cave.

Anak dalam posisi merangkak lawan graviti dapat lagi kuatkan ototnya dan lebih banyak input.

Hendak lagi santai? Bawa ke playground macam dalam gambar merangkak di slide.

Jom kita latih diri agar terus mahir didik anak ❤️

Sumber: OT Nurul Sheriena