Pelakon dan penyampai radio Siti Elizad Sharifuddin baru sahaja memulakan proses rawatan kesuburan In Vitro Fertilisation (IFV) bagi mendapatkan zuriatnya sendiri pada awal Oktober.

Rajin berkongsi mengenai perjalanan rawatan kesuburan yang dibuat, terbaru Elizad menerusi akaun Instagram miliknya memuat naik sekeping gambar bahawa dia menjalani sesi pengumpulan telur atau ‘egg pick up’ pagi semalam.

“Salam dan selamat pagi kesayangan semua . Pagi ni “ egg pick up “ bersama Dr Azlin @dr.azlin dan team @sophea_fertility .

“Nervous bukan main dengan rasa lapar ( puasa dari malam tadi . ) Harap-harap “telur“ keluar semua yang baik-baik dan cantik-cantik,” tulisnya.

Baca: “Susahnya Nak Dapat Awak Ni Anak,” Elizad Mula Proses IVF Pertama, Semoga Dipermudahkan!

Elizad turun memohon doa dari orang ramai agar semuanya dipermudahkan. Dia juga turut berdoa kepada Yang Maha Esa agar dikurniakan zuriat keturunan yang baik untuknya.

“Moga dipermudahkan. Doakan saya ya. Saya “ tidur “ dulu. Nak bius dah. Nanti sedar nak makan banyak-banyak.

IKLAN

“Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepada-Ku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik. Sesungguhnya, Engkau sentiasa mendengar (menerima) doa permohonan,” tulisnya lagi.

Meninjau ke ruangan komen entri berkenaan, rata-rata pengikut Elizad termasuk rakan-rakan artis mendoakan agar urusan Elizad dalam usaha mendapatkan zuriat dipermudahkan.

Terdahulu Elizad mendedahkan dia mengambil keputusan untuk melalui proses IVF selepas 5 tahun mencuba untuk mendapatkan zuriat.

Elizad juga sering berkongsi perjalanan dia dan suami dalam menjalani rawatan IVF untuk mendapatkan zuriat di Instagram miliknya.

View this post on Instagram

Mcm ni lah tiap2 pagi . 😅 Sebab dua2 nebessss , jadi time nak inject tu jadi lama naw2 . 😂 Okayh pagi ni dah kira berapa “ telur “ yg baik ada . Alhamdullillah syukur . Now injection dah di naik kan kepada 2 . ( nampak gayanya makin drama lah husband & wife kat umah nnt 🤪 ) . Adudududuudu , x pe lah . Moga Allah gantikan segala kesakitan ini , dgn 1001 kebaikan . Inshaallah Amin 🤲🏻🤲🏻🤲🏻 ( perut dah mula mengembung ) P/s : Yg bertanya ttg ivf kita , u all boleh terus kepada @sophea_fertility @dr.azlin ya . Sbb masalah para ttc kita semua lain2 😅 . I cannot answer some of the questions 🙏🏻 . Pls refer to them ya . #day11 #elizadivfjourney #ttc #sakitnyatuhdisini

A post shared by ELIZAD SHARIFUDDIN (@elizadsharifuddin) on

Elizad dan suami, Shamsul Baharin Rahman mendirikan rumah tangga sejak 2015 dan masih menantikan zuriat sulung mereka.

Semoga apa yang diusahakan oleh Elizad ini akan membuahkan hasil dan doa pasangan ini untuk mendapatkan zuriat sendiri akan dimakbulkan Allah SWT, Amin!

Sumber: IG Elizad

Baca: Lagi 3 Minggu Nak Bersalin, Yana Samsudin Alami HB Rendah. Siap Titip Pesan Buat Ibu Hamil Lain!

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)