Anak sulung sememangnya cukup istimewa di hati setiap ibu. Anak sulunglah mengajar seorang wanita menjadi ibu yang mula mahir dalam serba serbi, mula kenal erti sabar dalam mendidik dan membesarkan anak.

Bagi pelakon, Fasha Sandha, anak sulungnya, Putra Rayfal Ramli adalah anak yang cukup manja malah cukup disenangi ramai.

Menerusi Instagramnya, bersempena hari kelahiran anak sulungnya yang kini sudah pun berusia lapan tahun, Fasha membingkaskan ucapan khas buat Rayfal.

“Anak manja ibu. Putra Rayfal Ramli is officially 8 today {15th April baby.

“Alhamdulillah, anak yang baik, tak banyak kerenah dan disenangi ramai.

“Ibu sayang Rayfal #iburayfalraysha #iburayfalrayshaaisha #rayfalturns8,” tulisnya di kapsyen.

IKLAN

Namun apa yang menarik dan menjadi perhatian adalah gelagat anak sulung Fasha yang meminta diurut sebelum tidur.

Memuat naik video dia melayani anak-anak sebelum tidur, gelagat Rayfal sememangnya buat kita terhibur.

“Walaupun dah 8 tahun tetap yang paling manja. Kalau boleh hari-hari nak ibu urut dia,” tulisnya lagi.

IKLAN

Sambil meminta diurut, Rayfal tersenyum ketika ibu dan adiknya menyanyikan lagu selamat hari jadi buatnya.

Bersempena sambutan hari lahir anaknya itu, Fasha turut mengadakan majlis ringkas khusus untuk keluarga.

Semoga Rayfal terus membesar dengan sihat dan membanggakan ibu dan ayahnya.

IKLAN

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha)

Terdahulu, Putra Rayfal Ramli dan Putri Raysha Jemyma merupakan cahaya mata Fasha bersama bekas suaminya. Selepas mendirikan rumah tangga bersama Aidil, kini mereka turut dikurniakan seorang cahaya mata, Aisya Amaira yang kini berusia lapan bulan.

Artikel berkaitan: Penat Tau Jadi Ibu Kat Rumah, Fasha Sandha Kongsi Rutin Dengan Anak, Harap Covid-19 Cepat Berakhir

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Kredit: @fashasansha