Selalu kalau pergi KFC selain beli ayam gorengnya, mesti nak kena order sekali dengan wedges ni. Macam wajib ada pulak. Mana taknya, dengan limpahan cheese di atasnya itu, buat anak-anak berebut makan.

Setakat sekeping seorang memang tak cukup, tapi jika nak makan banyak ada caranya mama boleh buat. Tak payah nak beli dah, buat je sendiri di rumah. Buat saja ikut citarasa sendiri. Nak makan banyak-banyak pun tak ada masalah.

Bagi yang nak tahu macam mana nak buat wedges homemade sekali dengan cheesenya, resipi yang dikongsikan oleh Sabariah Sisa ini boleh anda cuba.

Bahan-bahan:

1) 4 biji kentang (kalau tak nak kupas kulit pun tak apa, tapi pastikan kena basuh bersih dulu lah ya)

2) Mixed herbs

3) Lada sulah

4) Garam

5) Tepung jagung (boleh juga guna tepung goreng serbaguna Bestari)

Cara-cara:

1) Potong kentang
– Potong kentang dalam bentuk wedges.

IKLAN

2) Kukus
– Kemudian, kukus kentang supaya lembut. Jangan lembut sangat, korang boleh agak2 sendiri. Nak kukus tu lebih kurang dalam 5-7 minit.

3) Gaulkan Mixed Herb

– Selepas dikukus, keluarkan kentang dan letak dalam mangkuk. Taburkan mixed herbs, lada sulah dan garam. Korang tak semestinya ikut jenama macam dalam gambar. Boleh saja nak guna jenama apa pun. Pastu gaul sebati.

4) Taburkan tepung jagung

– Seterusnya taburkan pula tepung jagung. Gaul sebati.

5) Goreng
– Goreng tenggelam kentang tadi tu dalam minyak hingga kekuningan dan garing. Apabila siap, bolehlah dihidang bersama sos cili atau sos cheesy.

Bahan-bahan untuk sos cheese:

1) 3-4 sudu makan mentega/marjerin

2) 250ml susu segar/susu cair

3) 1 sudu makan tepung gandum yang diayak

4) 1 kiub pati ayam

5) 6 keping keju biasa

6) sedikit serbuk lada hitam dan lada putih

7) sedikit pewarna kuning (optional)

Cara membuat:

1) Panaskan bahan

– Mula-mula cairkan mentega. Kemudian masukkan susu dan tepung gandum. Kacau hingga tepung sebati.

2) Masukkan kepingan keju

– Masukkan pula kepingan keju, kiub pati ayam dan serbuk lada. Kacau sebati hingga masak. Pewarna kuning boleh ditambah untuk menaikkan warnanya.

3) Siap

– Pastikan sos tak terlalu pekat/terlalu cair. Agak-agak dah sesuai boleh tutup apinya dan terus dihidang bersama kentang wedges tadi. Tambah mayonis pun sedap.

Kalau nak senang guna saja serbuk cheese segera tu. Main bancuh saja dengan air panas. Kacau-kacau siap.

Selamat mencuba.

Kredit: Sabariah Sisa via Salimah Olie

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)