Barang-barang mainan sepatutnya tidak diperbuat daripada PVC atau mengadungi logam plumbum dan arsenik. Ini kerana mengikut kajian banyak barang mainan kanak-kanak buatan negara Cina mengandungi toksin. Bayi/kanak-kanak memang suka memasukkan mainan ke dalam mulut dan menggigit barang mainan. Barang-barang bertoksin ini akan memberikan kesan buruk tehadap otak bayi/kanak-kanak.

Bukan hanya pada otak mereka malah juga memberikan kesan kepada tubuh badan kanak-kanak. Ikuti perkongsian daripada Hafiz Sulaiman berkaitan kesan jika anak tegigit barang mainan palsu ini.

Kisah benar ni jadi masa PKP.

Seorang ibu mengadu masalah anak kecik. Umur 6-7 tahun baru. tapi ada keputihan. Umur kecik puting dah berputik dan sakit. Emosi anak tak stabil. Asyik marah, menjerit..menangis.

Emosi ibunya lagi terganggu. Anak kecik lagi dah macam nak baligh.
Seperti ada gangguan hormon. Memang sekarang isu berleluasa, anak kecil baligh awal..

“PRECOCIOUS PUBERTY”

Lepas selidik dan tanya macam-macam.. Baru lah jumpa “pengganggu hormon” ini.

Tabiat si anak ini, bila main. Gigit mainan “lego fake”.

Hari-hari main. Susah nak bukak blok ni, kadang cantum kuat. Anak-anak kecik selalunya GIGIT blok mainan ni.

IKLAN

Mainan fake ni banyak risiko kandungan logam berat toksik. Kadmium, plumbum, merkuri, arsenik.

Lego ori atau vintage tahun 70-80an pun pernah kecoh sebab tinggi logam kadmium. Sekarang dah tak ada dah dalam lego ori.

Pernah saya nampak anak saya gigit, saya larang dan cerita bahayanya. Terus dia tak berani tak gigit lagi.

Logam berat dalam mainan ini merupakan PENGGANGGU HORMON.

Bahan toksik logam berat dalam mainan ni juga berisiko ganggu imun badan. Badan jadi sensitif dan berisiko cetuskan ekzema, resdung, asma, migrain, penyakit autoimun dan lain-lain.

Bahan toksik ini contohnya kadmium berisiko rapuhkan tulang, sebabkan kanser dan rosakkan organ buah pinggang dan organ hati.

Hormon kewanitaan terutamanya akan terganggu, jadi organ kewanitaan berkembang pesat.

Kesian kat anak-anak..Kecik-kecik dah ada breast. Period keluar awal kena ejek. Badan matang tapi jiwa anak-anak main lari-lari. Jangan biarkan bahan toksik ini rampas waktu kecil mereka terlalu awal.

Saya tak suruh buang mainan plastik dari China atau fake toys tu..Cukuplah usaha kita ibu bapa pantau anak-anak kita. Tegah mereka daripada gigit atau masukkan mainan dalam mulut.

Ada jugak yang suka solekkan anak kecik gegirl sebab comel. Awas ya bahan kimia kosmetik juga boleh tumbuhkan tetek awal, pendarahan pramatang. Malang jika jadi komplikasi serius seperti rosak organ atau buah pinggang.

PKPP ni pun dah boleh keluar rumah jalan-jalan bersenam..ambil cahaya matahari.. Amalkan pemakanan fitrah dan semulajadi. Saya syorkan juga anak tu ambil vitamin C.

Semua ni penting untuk bantu detoks semulajadi badan. Alhamdulillah, anak tu dah recover. Emosi dah stabil. Lendir keputihan hilang. Breast pun tak sakit lagi.

Iktibarnya sini, jaga-jaga bahan toksik ini. Benda nampak kecik, remeh dan menyusahkan. Tapi jangan bila ditarik nikmat sihat tu, baru kita nak mula elak benda mudarat.

Masa tu dah mungkin dah terlambat.

Kredit: Hafiz Sulaiman-Pejuang Kesihatan.

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)