Ada anak kecil terleka sekejap macam-macam boleh jadi. Orang kata kena beringat sepanjang masa. Begitu juga dengan barang-barang yang berbahaya dalam rumah. Mesti  letak di tempat yang tinggi dan tak dapat dicapai oleh anak.

Tak boleh salahkan anak juga jika berlaku perkara tak diingini kerana mereka tak tahu pun bahaya atau tak sesuatu tindakan yang dilakukan. Cuma mereka tahu nak cuba kerana ia menarik perhatian.

Perkongsian dari Dr Redza Zainol yang juga seorang doktor pediatrik boleh dijadikan peringatan bersama ibu bapa untuk sentiasa peka bahawa apa sahaja barang yang ada dalam rumah dan boleh memudaratkan anak, perlu simpan di tempat tinggi dan selamat.

Kali ini beliau berkongsi kisah seorang anak yang termakan sabun kerana ingatkan gula-gula. Keadaan ini berlaku mungkin kerana kesilapan meletakkan sabun di tempat yang mudah anak ambil.

Gambar Hiasan“Anak makan apa? Makan sabun candy viral?” Pertama kali dengar sebenarnya.

Lepas buat carian Google terus keluar imej macam ni. Perh patutlah budak sanggup makan sabun ni. Memang sebiji macam gula-gula!

Masa maknya di dapur, tiba-tiba terdengar anak menangis kuat. Bila dijengah, dalam mulut penuh dengan sabun. Meleleh-leleh ke baju dan seluar.

Bila datang dekat, bau sabun kuat datang dari dalam mulut anak. Paniknya tak payah cakap. Tak tahu nak buat apa.

Cepat-cepat sabun semua dicuci dari muka dan mulut anak. Kebetulan seorang diri di rumah, semuanya kena dihadap sendirian.

IKLAN

Berlari terus mak ni buat panggilan telefon pada suami. Syukur suami memang nak dekat sampai ke rumah.

Gambar Hiasan

Bila kami buat panggilan ke Pusat Racun Negara, kandungan sabun Candy Viral ni ialah bahan pencuci dan sabun (kategori bahan kimia ionic and non ionic).

Yang merisaukan ialah “half-life” kandungan sabun ni tak tahu berapa lama. Maksudnya, kalau anak dah termakan sabun ni, kita tak tahu sabun tu akan kekal berapa lama dalam badan anak.

Selain tu, sabun ni boleh menyebabkan:

👉🏻 Hakisan pada lapisan mukosa mulut dan laluan pernafasan. Kalau sangat serius, hingga perlukan bantuan pernafasan.

👉🏻 Kecederaan pada lapisan usus hingga menyebabkan muntah yang teruk.

👉🏻 Pengsan atau hilang kesedaran.

Selama saya jadi doktor kanak-kanak, berkali-kali saya lihat anak terminum sabun pencuci tapi kali ni saya memang risau dengan bentuk dan warna sabun ni.

Nasihat saya,

✔️ Simpanlah sabun ni di tempat yang selamat dan jauh dari jangkauan anak.

✔️ Kalau anak tertelan bahan pencuci, jangan paksa dia muntah.

✔️ Kalau paksa dia muntahkan sabun tu, anak boleh tersedak. Bila tersedak, sabun tu boleh masuk ke paru-paru pula. Lagi bahaya.

✔️ Basuh mulut anak dengan air berkali-kali.

✔️ Tukar baju dan seluar anak yang dah terkena bahan pencuci tu.

✔️ Bawa segera ke hospital.

Gambar Hiasan

Bantu saya sebarkan ilmu ni pada mak ayah yang lain. Kadang-kadang kita terlepas pandang isu macam ni tapi anak kita yang menjadi mangsa.

Jemput follow FB Redza Zainol supaya tak terlepas info kesihatan bayi dan kanak-kanak secara percuma di wall saya.

Lebih banyak info kesihatan kanak-kanak dan kekeluargaan di Channel Telegram Dr Redza:https://t.me/NotaRedzaZainol

Sumber: Dr Redza Zainol

**Pa&Ma Musim ke-8 kembali lagi di kaca tv menemani anda! Kali ini, kami membawakan edisi Pa&Ma Journey Bersama JovianNina. Jom kosongkan jadual malam Rabu anda (26 Ogos) dengan menonton gelagat mereka pada jam 9 malam, hanya di Astro Ria saluran 104 & 124.