Dalam keadaan mendesak untuk belajar dari rumah, ada golongan yang menghadapi masalah untuk menyediakan kelengkapan terbaik buat anak-anak mereka. Golongan B40 misalnya mempunyai kesukaran untuk memastikan anak-anak untuk terus belajar dengan selesa.

Dengan masalah begini, anak-anak mungkin akan ketinggalan dalam pelajaran kerana tidak mempunyai kemudahan untuk belajar. Keadaan ini bukan sahaja membuatkan anak-anak merasa sedih bahkan ia mematikan semangat mereka untuk menuntut ilmu.

Lotus’s Malaysia Sedia Membantu!

Memahami situasi ini, Lotus’s Malaysia yang dahulunya dikenali sebagai Tesco telah menghulurkan bantuan untuk memudahkan murid-murid dari golongan B40 ini. Mereka telah mengadakan program yang dipanggil Inisiatif Prihatin bermula Disember 2020 sehingga Februari 2021.

IKLAN

Program ini telah direncanakan untuk membantu seramai 6,000 murid B40 yang kurang bernasib baik dari 21 buah Tesco’s Adopted School Programme.

Bagaimana program Inisiatif Prihatin dijalankan?

Baucar diberikan kepada murid-murid ini dan ia boleh ditebus atau digunakan di semua medan selera Lotus’s Malaysia. Selain itu, pengagihan barangan dapur seperti beras, minyak masak dan banyak lagi turut diadakan. Sumbangan ini turut dijayakan oleh penyewa dan pembekal di Lotus’s Malaysia.

IKLAN

Kempen Kembali Ke Sekolah

Di bawah Inisiatif Prihatin, kempen Kembali Ke Sekolah telah dijalankan pada Januari yang lalu untuk murid sekolah B40. Ia dikenali sebagai Kembali Teguh dan merupakan kerjasama antara Unilever Malaysia dan Yayasan PINTAR.

IKLAN

Sejak kerjasama antara Tesco dan Yayasan PINTAR sejak 2016, sebanyak 63 buah sekolah dari seluruh negara telah dipilih untuk mengikuti program ini.

Secara positifnya, kempen ini telah berjaya memberi impak positif kepada 57,000 murid melalui program pemerkasaan persekitaran dan pendidikan.

Lotus’s Malaysia tidak akan berhenti setakat ini kerana setiap program kebajikan ini akan diteruskan bagi membantu golongan yang memerlukan.

Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman Facebook : TESCO MALAYSIA