Pandemik Covid-19 yang mengancam dunia pastinya tidak akan berakhir dalam tempoh yang singkat. Tidak perlu mengharapkan vaksin sebaliknya kita berusaha untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat kerana itulah pencegahan paling total seperti yang disarankan oleh KKM.

Pa&Ma Journey Bersama Joviannina minggu ini tidak terkecuali membincangkan topik ini dengan tajuk ‘Persiapan Anak Terus Melawan Covid’. Satu kupasan yang begitu menarik di bawakan oleh Pa&Ma TV dimana pelbagai segmen dikupas bagi mendidik masyarakat agar terus kekal menjaga SOP sepanjang musim Covid ini.

Menerusi slot Skuad Pa&Ma bersama Dr Iqbal, beliau turut berkongsi kisah ini dimana mengutarakan masalah adik Ayden yang mengalami masalah asma kronik. Bagaimana berdepan masalah ini ketika Covid melanda? Inilah yang cuba dikongsikan oleh Dr Iqbal.

Encik Saifudin, bapa kepada Ayden turut berkongsi masalah anaknya yang disahkan mempunyai asma yang agak kronik, ketika berdepan Covid-19.

“Ayden baru-baru ini keluar dari hospital kerana asma. Pun begitu keadaannya sudah semakin sihat. Biasanya jika keadaan Ayden jadi makin teruk kami terpaksa bawa ke hospital walaupun bimbang ketika dunia dilanda masalah Covid-19. Bila di sekolah pula saya wajib pakaikan mask supaya dapat melindungi diri,” katanya berkongsi.

“Macam Ayden ni dia suka haiwan. Daripada bacaan saya, haiwan juga boleh menjadi pembawa virus kepada kita. Jadi saya mahupun penjelasan lanjut benarkah hal ini boleh membawa kesan?,” ajunya kepada Dr Iqbal menerusi slot Skuad Pa&Ma.

“Seperti mitos yang digembar gemburkan sebenarnya tidaklah tepat. Haiwan misalnya seperti kucing tidak dapat membawa virus kepada manusia, sebaliknya ia berlaku disebabkan jangkitan manusia di antara manusia itu sendiri”.

Malah kata Dr Iqbal lagi, tiada sebarang kajian yang ditemui membuktikan hal ini. Jadi tidak perlulah dirisaukan. Begitu yang dikongsikan oleh Dr Iqbal kepada Ayden dan ayahnya. Jadi tidak perlulah dirisaukan.

IKLAN

Pun begitu kesihatan pesakit asma perlu diberikan rawatan dan penjagaan yang terbaik malah perlu dihindarkan beberapa perkara. Inilah yang cuba diutarakan oleh bapa Ayden.

Malah menurut Encik Saifudin juga mengenai anaknya, Ayden juga mudah alah dengan pelbagai elemen sekeliling seperti debu-debu atau habuk dan haiwan berbulu yang membuatkan dia mudah diserang asma.

Dr Iqbal pula tidak lokek berkongsi tips bagi memastikan kesihatan Ayden sentiasa terkawal malah alahannya juga semakin berkurangan. Ini antara tip yang dikongsikan oleh Dr Iqbal menerusi Pa&Ma TV Episod 4, Persiapan Anak Terus Melawan Covid.

Tips Skuad Pa&Ma
1. Tidur yang secukupnya adalah kunci kepada kesihatan. Kembalikan rutin asal anak-anak dengan tidur awal serta mencukupi.

2. Makanan yang seimbang dan sihat. Pastikan makanan dibekalkan dengan protein dan vitamin yang secukupnya agar imun anak makin kuat sekaligus mencegah daripada pelbagai alahan.

3. Mengamalkan gaya hidup yang sihat sentiasa. Biarpun masih dalam PKPP, cuba cari ruang untuk melakukan aktiviti sihat bersama anak-anak.

4. Jangan lupakan pengambilan vaksin kerana ia cukup penting untuk ketahanan badan anak kita. Malah kata Dr Iqbal lagi, musim Covid ini ada baiknya vaksin tambahan diberikan pada anak yang menghidap asma misalnya vaksin tambahan yang melindungi paru-paru anak kita iaitu Influenza dan juga Pneumococcal.

Jadikan tips dan cara pencegahan yang dikongsikan oleh Dr Iqbal ini menjadi panduan untuk ibu bapa yang mempunyai anak asma. Elakkan juga jenis-jenis makanan yang membuatkan anak mudah menerima alahan selain mengelakkan pada keadaan cuaca yang tidak menentu.

 

Jangan lupa saksikan siaran ulangan PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANNINA : Persiapan Anak Terus Melawan Covid ini pada hari Ahad jam 9 30 pagi di Astro Ria, 104 dan 124 bagi mengetahui lebih informasi berkenaan Covid dan masalah anak-anak kita.

Kita jaga diri kita dan keluarga tersayang. Kekal amalkan SOP walau dimana kita berada dan paling penting sentiasa ingatkan anak-anak kecil kita agar sentiasa menjaga kebersihan diri. Itu yang sebaiknya.


EPISOD 4 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANNINA : Persiapan Anak Terus Melawan Covid

Pandemik yang melanda dunia pada ketika ini amat membimbangkan ib ayah. Apatah lagi apabila anak-anak harus ke sekolah dan bergauk dengan kawan-kawan seperti biasa. Jadi apakah persiapan yang perlu ibuayah sediakan untuk anak-anak bagi melawan covid-19 ini?

Saksikan Episod ke 4, Journey Bersama Jovianina pada 16 September 2020, jam 9 malam hanya di Astro Ria saluran 104/124.

#PaMaJourneyBersamaJovianNina
#AstroRIA
#MajalahPAMA

Nak macam-macam info? Jom join channel Pa&Ma D Parents Channel https://t.me/pamadparents