“Jangan layan sangat budak tu, nanti dia manja mengada-ngada” nasihat si A kepada si ibu. Terkadang ada sahaja nasihat yang perlu ibu bapa muda dengar daripada orang sekeliling. Maka rasa serba salah untuk mendidik anak-anak mengikut cara sendiri timbul. Salahkah meluangkan masa dengan anak-anak, mencium anak-anak setiap hari? Ikuti perkongsian ini.

Sangat menghairankan saya apabila ada ibu yang bertanya benarkah sekiranya ayah dan ibu banyak meluangkan masa bersama anak, anak akan menjadi ‘spoiled’ (manja/rosak)?

Ini bukanlah pertama kali saya mendengar kepercayaan pelik dan karut tentang luangan masa ibubapa bersama anak-anak.

Beberapa tahun lalu seorang ibu pernah bercerita kepada saya bahawa dia dinasihati sekiranya bayi menangis mahukan susu pada waktu malam, biarkan anak itu terus menangis. Biarkan dia supaya lama-kelamaan dia biasa tidak bangun malam dan mengganggu tidur ibu. Jika tidur ibu terganggu, ibu tidak dapat memberi tumpuan pada kerja keesokan harinya.

Kepercayaan karut apakah itu?

IKLAN

 

Tidak ada anak yang akan menjadi manja kerana ibubapa banyak meluangkan masa bersamanya.

Tidak ada anak yang akan rosak sekiranya ibubapa melakukan aktiviti berfaedah dengan anak, bermain dengan anak, berbual dengan anak, solat bersama anak, mengaji bersama anak, makan bersama anak, bacakan buku bersama anak, belajar bersama anak, memasak bersama anak, mengemas bersama anak, menonton cerita bersama anak, beriadah bersama anak waima menyanyi ataupun menari bersama anak sekalipun.

IKLAN

Tidak ada walau sesaat masa pun yang diluangkan bersama anak adalah perbuatan yang sia-sia.

Malah tidak ada hadiah yang lebih berharga buat seorang anak selain dari masa yang diluangkan bersama anak kerana di situlah memori yang tercipta akan dikenang sampai bila-bila oleh anak-anak dan akan mengeratkan hubungan anak-anak dengan kita.
Insya Allah.

Anak akan menjadi rosak sekiranya ayah dan ibu tidak meluangkan masa untuk anak dan membiarkan dia terumbang ambing tanpa didikan dan bimbingan.

Anak akan menjadi rosak sekiranya ayah dan ibu membiarkan anak ketandusan belaian, pelukan dan ciuman daripada dua insan yang sangat diharapkannya.

IKLAN

Jangan dengar nasihat mengarut yang diberikan oleh individu yang cuba menjastifikasikan dirinya sendiri yang tidak betah meluangkan masa bersama anaknya kerana mengejar impian duniawi semata-mata.

Anak-anak adalah harta dunia akhirat yang tidak ada galang gantinya.

Jika masa itu berlalu, ia akan terus berlalu dan tidak akan kembali lagi.

Kredit: Noor Afidah Abu Bakar,Parent Connect Consultancy

Followers Pa&Ma yang nak dapatkan barangan penjagaan diri boleh klik di SINI
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)