Rupanya ada aktiviti yang bantu anak menjadi pintar sejak bayi. Hakikatnya otak bayi mengandungi berjuta sel neuron belum mampu berfungsi lagi setelah dilahirkan dan akan berkembang sehingga bayi menerima imput-input yang di sekelilingnya. Ini bermakna bermula beberapa bulan awal usia bayi, aktiviti stimulasi bayi akan membantu membentuk perkembangannya.

Oleh itu, anda perlu memilih mainan untuk bayi harus sesuai dengan pertumbuhannya. Ini kerana setiap mainan bayi memiliki fungsi stimulasi yang berbeza untuk setiap usia bayi. Sejak usia 7 bulan hingga bayi 12 bulan, bayi memiliki perkembangan yang lebih banyak dibanding usia sebelumnya.

Bayi memerlukan persekitaran yang selamat untuk meneroka dunia barunya. Mereka juga memerlukan persekitaran yang memahami emosinya, fizikal dan orang yang boleh menyanyi, memeluk, bercakap dan membaca buku cerita untuknya.

Ketika ini anak anda sudah memiliki perkembangan mental, motorik dan sensorik yang lebih sempurna, misalnya sudah mulai belajar merangkak sehingga boleh bermain dengan sesuatu objek yang dapat bergerak atau memantul. Selain itu bayi di usia ini memiliki perasaan minat terhadap objek di sekelilingnya.

Apa jua permainan yang dipilih pastikan ia merangsang minda anak Sememangnya kita semua tahu bahawa bayi yang baru belajar melalui permainan  yang ada disekitar dan barang permainan yang dibeli. Kini barang permainan banyak di pasaran. Cuma dari segi pemilihan harus diberi perhatian supaya ia membantu membentuk anak yang cerdas dan pintar.

IKLAN

8 cara melakukan aktiviti bersama bayi untuk rangsang minda anak menjadi cerdas

1.Pegang barang permainan (objek) berwarna terang di hadapan bayi anda. Bercakap dengannya dan sambil itu gerakkan perlahan-lahan. Apabila anda pasti bayi melihat objek itu, gerakkan ia ke bahagian tepi badannya. Biarkan mata bayi melihat pergerakan objek itu.

2.Gerakkan objek itu, dari kiri ke kanan dan dari kanak ke kiri tetapi pastikan bayi anda tidak letih atau mula tidak memberi tumpuan kepada objek itu. Jika ia berlaku, berhenti seketika sehingga bayi mula menujukkan mintanya kepada objek itu.

3.Tahukah anda pergerakan sedikit yang dilakukan oleh bayi adalah salah satu cara yang mampu merangsang kemahiran motornya. Jika bayi mula melakukan pergerakan sedikit iaitu bergerak ke hadapan, badan bayi akan mula bergoyang ke sana sini. Ia tanda menunjukkan bayi bersedia untuk merangkak tidak lama lagi.

4.Anda boleh biarkan bayi berdiri dengan menggunakan kakinya dan biarkan dia berhadapan dengan anda. Pastikan tempat itu biasa padanya dan barang permainannya yang berwarna terang berada di hadapannya. Gerakkan objek itu secara perlahan ke hadapan dan ke belakang.

5.Apabila bayi berjaya mencapaianya, berikan peluang kepadanya untuk memegang objek itu. Berikan galakkan kepadanya apabila dia berjaya melakukannya. Perkembangan kemahiran motor sama ada besar atau kecil berlaku secara berasingan. Ia memerlukan masa untuk membentuk kemahiran  anak-anak menjadi lebih baik. Berikan rangsangan yang betul kepadanya.

6.Dalam pada itu, pastikan anda memberi bayi anda pelbagai jenis objek yang selamat kepada bayi untuk bermain seperti sudu, bola lembut dan anak patung kecil. Pastikan objek itu tidak boleh dimasukkan ke dalam mulut bayi. Letakkan objek itu pada tangannya dan tunjukkan cara untuk melepaskan dan menjatuhkan objek itu.

7.Jika anda mahu memberikan bekas menyimpan barang permainan dan tunjukkan cara untuk menjatuhkan barang permainan ke dalamnya dan juga tunjukkan cara bagaimana untuk mengambilnya pula. Tunjukkan cara bagaimana anda meminta objek daripadanya dan kemudian tanya kepadanya sama ada mahukan objek itu semula.

8. Lihat sama ada dia mampu memegang objek pada kedua-dua belah tangannya pada yang sama (cara ini mungkin sukar bagi bayi awal usia). Beri bayi anda pelbagai objek yang selamat untuknya bermain. Bermula dengan sudu, bola lembut dan anak patung kecil.

Selamat mencuba!