Kesabaran ibu ayah memang tak dapat dikawal lebih-lebih lagi apabila berhadapan dengan perangai anak yang berbeza-beza. Sungguh mencabar! Sehingga tahap ibu ayah terpaksa menengking anak barulah mereka diam seketika. 

Namun sebenarnya perbuatan tersebut memberikan kesan negatif kepada anak lebih-lebih lagi anak yang berusia 7 tahun ke bawah. Di usia ini, sel otak anak baru mula berkembang. Jadi bagaimana cara yang betul untuk kekal tenang? Ikuti perkongsian daripada Dr Rizal Abu Bakar.


Apabila seorang ibu/ayah jerit pada anak “hey hey diamlah. Mama/papa tengah pening ni!” Apa yang dicontohkan pada anak itu?

Ketika seorang ibu/ayah kata pada anaknya “japlah tak leh sabar sikit ke” dengan suara tinggi, apa yang sedang diajar pada anak itu?

IKLAN

Di saat seorang ayah/ibu berkata “dah berbuih dah mulut ummi/abah cakap. Tak dengar dengar. Degil betul!” Agaknya apakah mesej yang sedang ditanam di subconscious mind si anak.

Ketika kita marah, stres, suhu emosi menggelegak pada anak lakukan 3 perkara:

1. Alihkan kedudukan kita. Kalau sedang duduk, bangunlah. Atau bersandar sebentar.

IKLAN

2. Pandang ke arah lain. Elakkan bertentang mata dengan si anak.

3. Tarik nafas dalam dalam melalui hidung. Hembuskan melalui mulut. Perlahan. Diulang tiga kali.

IKLAN

Setelah selesai baharulah mula bercakap dengan anak. Pasti ada perubahan. Nada suara lebih lembut dan tenang.

Boleh cuba. Boleh amalkan. Sila rasai sendiri perbezaannya.

Kredit:DrRizal Abu Bakar