Lompat, panjat sana sini dan jatuh itu lumrah anak kecil yang sedang lasak bermain. Dalam pada membiarkan anak aktif, namun berhati-hatilah. Anggota tubuh yang perlu dikisahkan ibu bapa di rumah adalah kepala kerana banyak bahayanya.

Aktif macam mana pun, sebaiknya elakkan anak bermain hingga boleh mengundang bahaya pada bahagian kepala. Ada banyak kerisauan yang perlu mak ayah berikan perhatian. Perkongsian dari Pn Wawa Shauqi ini mak ayah perlu lebih peka.


Ingat tak bulan lepas? Anak saya muntah-muntah & dan tak bermaya lepas jatuh. Jatuh kepala dulu. 3 kali di tempat yang sama pernah jahit.
Haih! Taknak jadi dah.

Waktu tu, dah lah hospital jauh. Sepanjang perjalanan saya menangis bila nampak anak yang tadinya aktif, tiba-tiba lemah, pucat dan muntah-muntah.

Sebelum ni, dah beberapa kali terjatuh. Almaklumlah, anak jantan. Aktif dia tak boleh bawak bincang. Bawak bincang, bertahan 10 saat, lepas tu melompat balik. Cuai seminit, macam-macam boleh jadi.

Tapi hikmahnya, waktu di hospital, banyak benda yang saya dapat belajar dari doktor yang merawat. Ada beberapa kemungkinan yang jadi pada anak bila mereka jatuh kepala dulu:

IKLAN

* Berlaku kecederaan pada kulit, atau trauma melibatkan tengkorak dan paling serius, sehingga menjejaskan bahagian otak.
Baca pun dah ngilu.

* Benjol disebabkan oleh bengkak pada kulit atau pun pendarahan di bawah kulit di mana darah berkumpul antara kulit kepala dan tengkorak. Ia boleh hilang dengan sendiri. Cuma memakan masa.

Kalau lebamnya kecil di dahi, nampak warak sikit. Kalau besar, redholah sekejap anak nampak macam flowerhorn.

* Berlaku hentakan pada tengkorak. Bila ada keretakan, anak berdepan dengan risiko jangkitan kuman.

Jom kenal pasti apa tanda-tanda kemungkinan berlaku pendarahan dalaman :
* Pengsan
* Hilang ingatan
* Muntah-muntah
* Mengadu sakit kepala
* Tak dapat bercakap dengan betul
* Berlaku perubahan perangai
* Mata hitam tak sama saiz
* Telinga dan hidung keluar darah.

Ini baru bab jatuh di kepala. Ada banyak lagi risiko kecederaan yang anak kita hadapi. Patah tulang, dihimpap tv, dipatuk ular, disengat sernagga, dihimpap perabut, terkena air panas, sawan, sesak nafas dan banyak lagi.

Tak semua orang rumah dekat dengan hospital. Sebeb itu perlunya semua mak ayah ada ilmu bantuan kecemasan. Bantuan kecemasan awal dapat menyelamatkan nyawa anak kita.


Peluang Jadi Vendor di Baby Bazaar by Pa&Ma

Ada waktunya kita kesuntukan masa untuk mencari kelengkapan si comel. Tidak perlu waktu yang lama, membeli belahlah melalui atas talian yang lebih menjimatkan masa anda.

Pa&Ma ingin memperkenalkan portal barangan bayi dan ibu hamil yang baru, iaitu Baby Bazaar by Pa&Ma. Menerusi portal ini, ibu bapa tidak perlu gusar untuk mencari makanan atau kelengkapan buat si comel. Portal ini menjanjikan proses pembelian yang mudah dan barang akan terus dihantar ke rumah anda.

Bagi anda yang ingin menjual produk bayi, produk ibu atau servis berasaskan bayi dan ibu, inilah peluang anda untuk menjadi vendor di bazaar kami. Jom cepat-cepat sertai kami dengan melayari portal Baby Bazaar by Pa&Ma, babybazaar.my.

Jangan lepaskan peluang ini!

Artikel berkaitan: Kenapa Anak 2 Tahun Banyak Akal, Ke Sana Sini Buka Tombol Pintu, Bercakap Macam Kakak Tua

Bukan Marah Atau Pukul Anak Kalau Aktif, Hadapi Dengan Cara Ini, Barulah Anak Bijak

Nak macam-macam info? Jom join telegram Pa&Ma D Parents https://t.me/pamadparents