Kadang-kadang, isteri sukar meluahkan keinginannya. Mungkin kerana lebih mementingkan keperluan suami dan anak-anak. Juga tidak mahu menyusahkan suami untuk memenuhi apa yang dia mahukan. Sudahnya, isteri lebih selesa memendam sendiri.

Sebagai suami, mungkin sesekali anda boleh bertanya jika isteri mahukan apa-apa. Bukan untuk anak-anak atau barangan rumah, tetapi untuk dirinya sendiri. Ada masanya isteri tidak mahu meluah kerana suami tidak mendengar. Begitulah yang dikongsikan oleh seorang suami, Mohd Fhais, tentang hal ini.

Artikel Menarik: [Jangan Solat Sendiri, Ajaklah Pasangan Bersama. Ini Saat Romantik Untuk Suami isteri]

Jika kita tak mendengar, isteri pun tak nak meluah.

Masa jalan dalam mall nampak kedai kasut dia berhenti. Sambil-sambil try sarung kasut keluar rintihan kasut ni keras dan berat, nak cari yang ringan sikit. Sambil dia tunjuk kesan kaki yang melecet.

Masa ni la banyak pengakuan dan luahan jujur saya dapat.

Sangkaan saya selama ni semua cukup kerana isteri tak merungut apa-apa. Tapi rupanya sangkaan saya meleset.

Jalan depan sikit nampak kedai aksesori telefon. Berhenti juga dia, katanya casing ni tak pernah tukar dah tak cantik. Sambil masuk ke dalam kedai sempat dia tunjuk skrin telefonnya yang dah retak seribu.

IKLAN

Masa cari casing telefon tu rasa kasihan saya makin bertambah kerana casing untuk model telefon isteri saya tak ada pilihan langsung. Yang ada hanya saki baki untuk clear stok.

Betul la, bila di fikir balik dah lebih 3 tahun isteri saya guna telefon tu.

Ketika ini baru dia nak keluar rintihan demi rintihan tentang telefon tu.

IKLAN

Dia kata telefon selalu hang. Nak buka whatsapp pun lambat sangat. Kalau play video gambar dia tak jelas. Dan rintihan paling kuat ialah tentang kamera. Gambar langsung tak cantik.

Itulah. Padahal hari hari kot jumpa isteri. Hari hari meseg, hari hari call dia tapi tak pernah pulak dia merungut tentang semua ni. Kalau tak bawa keluar ni memang tak perasan langsung.

Kalau dulu saya salahkan isteri sebab tak bagitahu tentang semua perkara ni tapi sekarang saya pula yang minta maaf.

Kerana saya sedar ini salah saya. Mungkin saya terlalu sibuk sehingga tak jadi Pendengar Setia.

IKLAN

Memang orang perempuan ni suka pendam perasaan dan berahsia. Tapi apa yang kita tak tahu ialah mereka terpaksa!

Artikel Menarik: [Suami Isteri Saling Muafakat, Amalkan Potong Kuku & Urut Pasangan]

Ini kerana kita yang tak pernah tunjuk minat untuk mendengar, maka baik mereka diam daripada bercakap dengan tembok.

Kalau tak percaya cuba bawa isteri keluar jalan-jalan berdua tanpa anak dan kerja. Jangan terkejut, 1001 keluhan keluar dari mulut dia.

Wallahu A’lam,

Mohd Fhais
Suami tempat isteri mengadu dan berharap.

Perkongsian suami ini ada benarnya. Sesetengah isteri jarang memberitahu keinginannya kepada suami kerana menganggap diri mereka tidak didengari. Selain itu, isteri juga selalu memang remeh kemahuan mereka kerana merasakan ia tidak penting jika mahu dibandingkan dengan keperluan anak-anak dan suami. Seandainya suami memberi sedikit perhatian, pasti isteri menjadi wanita terbahagia di dunia.