Selain biskut raya dan kek yang wajib ada di atas meja, kudap-kudapan seperti kerepek dan kacang tetap ada peminatnya. Bagi sesetengah orang lebih gemar kudapan seperti ini sambil menonton televisyen dan berborak santai dengan ahli keluarga.

Bagi yang nak cuba resipi Kacang Botak air tangan Puan Badariah Abdrahman untuk dibuat kudapan raya, boleh tengok langkah demi langkah ini sehingga siap.

Istimewa kacang botak ini, cukup rasa rempahnya, pedas dan manis serta ranggup. Orang kata sekali makan susah nak berhenti.

Kacang Botak

Bahan dan cara membuatnya:

– 1/2 kg kacang tanah dibasuh dan dikeringkan.

IKLAN

– 2 biji telur.. 1 sudu makan gula halus.. Sedikit garam

– Cili boh atau serbuk cili sikit.

– 1 cawan tepung ranggup goreng pisang atau tepung goreng ayam. (Nak guna tepung bestari pun ok.)

– Tepung gandum agak-agak je.

IKLAN

RESIPI MENARIK [Brownies Raya 5 Bahan! Guna Sukatan Cawan, Gerenti Dapat Kedut Atasnya]

– Bawang putih. Jintan manis tumbuk. Kalau tak nak tak apa.

– Telur dengan gula dipukul sehingga kembang. Masukkan bahan-bahan lain kecuali tepung.

IKLAN

– Dalam dulang masukkan kacang tanah. Tuang bahan-bahan yang dipukul tadi. Selang seli dengan tepung dan gandum.

LAGI RESIPI MENARIK [Resipi Rendang Daging Raya PKP, Rempah Buat Sendiri, Sedapnya Menjilat Jari]

– Rata-ratakan dan bolehlah di goreng dengan api yang sederhana panas. Sejukkan kejap dan boleh masukkan dalam botol.

Kredit: Badariah Abdrahman

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)