Kita merasakan anak kecil kita seakan tidak memahami setiap kali dimarahi. Hakikatnya anak kecil kita sebenarnya faham namun adakalanya keliru dengan pelbagai arahan yang diberikan dan memarahi mereka tanpa sebab terus membuatkan anak mula menafsir sebaliknya.

Jangan katakan mereka masih kecil dan langsung tidak memahami, sebaliknya mereka sudah punya hati dan perasaan. Ibu jangan biarkan kemarahan tanpa menjelaskan sebabnya kepada mereka.

Menurut Dr Norzila Zakaria,  menjelaskan kepada anak mengapa apa yang mereka lakukan boleh mendatangkan kemarahan adalah sewajarnya dilakukan.


Ibu marah sebab ibu sayang

Seorang kanak-kanak bila dimarah oleh ibu merasakan dia tidak disayangi. Kita pula balas balik dengan kata-kata “ibu marah sebab ibu sayang”. Bingung si anak.

Jangan biarkan anak terus dalam kebingungan. Ceritakan beberapa kisah yang membawa pengajaran yang serupa agar dia memahami mengapa kita bertindak begini atau begitu.

Setiap kali berlaku sesuatu yang tidak dijangkakan, ambil masa untuk menerangkan mengapa begini atau begitu. Anak-anak perlu bantuan untuk memahami sesuatu yang “baru”.


Ini juga digunakan ketika menonton rancangan TV atau menyaksikan peristiwa hidup. Itulah pendidikan dari pengalaman hidup. Setiap hari adalah pengalaman dan pendidikan.

Jangan biarkan anak-anak kecil memberikan tafsiran sendiri kerana jika tafsiran itu menjadi suatu kepercayaan maka sukar pula mahu mengubahnya.

IKLAN

Kitalah yang mencorakkan anak-anak kita. Jadi jangan ambil mudah tentang apa yang anak-anak kita lalui setiap hari.


Kena Terangkan Dengan Jelas

“Kenapa kita kena balik tengok mak tiap-tiap minggu?” Hafiz bertanya bila setiap hari Jumaat kami ziarah neneknya.

“Nanti bila ibu dan ayah dah tua abang balik tak tengok ibu dan ayah?” saya menjawab dengan pertanyaan.

IKLAN

“Abang nak duduk dengan ibu” jawabnya
“Hisham pun” sampuk Hisham
“Adik pun” Humairah pulak menyambung.

“Apa jadi kalau semua orang duduk jauh dari ibu dan ayah? Tak de sapa yang tinggal dengan ibu dan ayah.. Sunyi tak?” saya mengajukan soalan.

“Tapi abang nak duduk dengan ibu” pintas Hafiz

“Ibu pun nak duduk dengan nenek dan atuk. Tapi bila dah kahwin ibu ikut ayah tinggal di Kelantan. Nenek duduk dengan Pak Su je. Sebab tu bila kita ada cuti panjang kita balik kampung tengok nenek.

IKLAN

Tapi kalau cuti hujung minggu kita balik tengok mak sebab mak duduk dekat dengan kita, kalau kita tak buat macam ni nanti kita tua anak-anak kita pun tak nak datang jenguk kita. Sunyi je dan kita pun sedih sebab duduk sorang-sorang.” masing-masing terdiam berfikir barangkali rasional cerita saya.

Setiap kali timbul persoalan kita perlu jelaskan agar nilai-nilai kehidupan ini difahami. Mari jadi ibu bapa yang prihatin.

Artikel berkaitan: Anak Buat Hal Jangan Terus Marah Anak, Sebenarnya Dia Frust Mak Ayah Tak Pedulikan Dia

Nak relaks, jom cuci mata di SINI.

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Kredit: Dr Norzila Zakaria