Dugaan dan masalah ketika hamil itu adalah lumrah buat ibu-ibu yang sedang melaluinya. Namun itu semua pengalaman berharga untuk ditempuh sekaligus dapat berkongsi dengan ibu hamil lain yang mungkin mengalami nasib yang sama.

Pelakon Yana Samsudin yang sedang sarat hamil anak kedua memaklumkan bahawa dia sedang alami masalah bacaan Hemoglobin darah (HB) rendah semasa membuat pemeriksaan berkala untuk kandungannya baru-baru ini.

Rentetan daripada masalah tersebut, isteri kepada penerbit, Fadzil Zahari ini menyatakan dia perlu mendapatkan keperluan zat besi yang cukup bagi memastikan bacaan darahnya kembali normal sebelum bersalin kira-kira tiga minggu lagi.

“Pada awal kehamilan, zat besi saya terlalu tinggi. Tiba-tiba sudah hujung-hujung tiga minggu sebelum due (tarikh jangkaan bersalin), zat besi rendah, HB (hemoglobin darah) rendah 9.9,” katanya menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram.

Dalam entri tersebut Yana berkongsi gambar dirinya ketika sedang menjalani rawatan drip untuk meningkatkan bacaan keperluan zat dalam badannya.

Baca: “Ya Alhamdulillah, 31 Minggu Dah”, Yana Samsudin Bakal Timang Anak Kedua Bulan Depan!

Katanya, itu merupakan pilihan yang terbaik dalam memastikan bacaan zat dan darahnya kembali stabil dalam tempoh yang singkat.

“Jadi, saya ambil drip multivitamin untuk rangsang vitamin D dan zat besi. Alhamdulillah kekal semula.

IKLAN

“Drip adalah alternatif paling cepat nak naikkan terus masuk dalam badan sebab dah nak due,” katanya.

Jelas Yana lagi, sebenarnya dia juga merupakan seorang yang mengamalkan pengambilan makanan tambahan sebelum ini.

Bagaimanapun, cara pemakanan yang salah menyebabkan dirinya tidak mendapat keperluan secukupnya.

“Selama ini memang makan multivitamin tapi tak perasan sebab mungkin makan ubat cara yang salah telah menghalang vitamin tu serap dalam darah.

“Jadi, kalau anda sedang ambil ubat atau makanan tambahan, tolong jarakkan minuman berkafein seperti teh dan kopi atau susu lebih kurang dua jam sebelum dan selepas makan ubat, moga bermanfaat,” nasihatnya.

 

 

View this post on Instagram

 

Assalam korang.. good morning🤗 Pada awal pregnancy iron (Zat Besi) yana terlalu tinggi.. tiba tiba dah hujung2 #3weeksBeforeDue ni Iron rendah & HB low 9.9…🥲 So yana ambik drip Multivitamin utk boostkan Vit D & Iron, alhamdulillah maintain semula.. Drip adalah alternatif paling cepat nak naik kan terus masuk dalam badan sebab dah nak due 😅 . (Result boleh baca after 2 weeks) Selama ni memang makan Multi vitamin tapi tak perasan sebab mungkin makan ubat cara yang salah😪 ia telah menghalang Vitamin tu serap dalam darah🙄 So korang kalau dalam medication atau ambil supplement, please jarakkan minuman berkafein macam Teh & Kopi atau susu lebih kurang 2jam sebelum & selepas makan ubat…. ha gittew, moga bermanfaat

A post shared by Yana Samsudin (@yanasamsudin) on

Terdahulu, pada bulan lalu, suaminya Fadzil mengumumkan mereka bakal menimang cahaya mata kedua dalam masa terdekat.

Yana mendirikan rumah tangga dengan pelakon dan penerbit, Fadzil Zahari pada 13 Februari 2015.

Hasil perkongsian hidup pasangan itu dikurniakan cahaya mata sulung, Aisy Mateen yang kini berumur empat tahun.

Sumber: Gempak & IG Yana Samsudin

Baca: Usia 2 Tahun Mata Dah Rabun Teruk. Doktor Saran Guna Formula Ni Elak Mata Anak Rosak Sebab Gajet!

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)