Zaman moden sekarang, kita tengok lebih ramai kanak-kanak yang suka menghabiskan waktu terluang mereka dengan aktiviti seperti menonton TV dan bermain gajet. Ini antara salah satu keperluan utama anak-anak.

Sampaikan aktiviti bersama keluarga pada waktu lapang yang aktif seperti bersukan dan melakukan hobi semakin tidak popular, terutamanya dalam kalangan anak-anak. Sebab gajet dah jadi antara satu keutamaan.

Namun jika dilihat pada situasi hari ni, kecanggihan teknologi telah menyebabkan anak beralih kepada satu hobi baru. Dari zero tak tahu apa-apa, mereka boleh teroka dan dapat belajar hanya melalui pemerhatian saja.

Bagaimanapun dalam keadaan hari, perlu juga sedar kepentingan hobi yang tanpa gajet kerana masih banyak manfaatnya.

Bagaimana nak pastikan anak-anak kita seimbang antara kedua-dua, ini teknik yang boleh ibu bapa lakukan.

1. Hadkan Pengunaan Gajet di Rumah

Kita sendiri berhenti dari menggunakan gajet di dalam rumah sehingga anak tidur.

Buat jadual, tetapkan had penggunaan telefon pada masa-masa yang kita tentukan. Sebab anak-anak akan terikut perlakuan kita sepanjang di rumah.

Anak-anak punya kuasa visual yang sangat luar biasa. Mereka tidak akan dengar apa yang kita cakap, dia akan ikut apa yang kita buat.Libatkan diri anda dengan acara santai atau hobi alternatif bersama anak-anak.

2. Ubah Rutin Harian

Apabila kita mula jarakkan penggunaan iphone atau tablet di rumah, kita kena isi dengan sesuatu supaya anak kita tidak rasa kosong.

IKLAN

Kena wujudkan aktiviti atau cipta hobi untuk anak lakukan. Bila ada hobi baru masa tertumpu ke situ.

Permainan konvensional sangat bagus untuk anak-anak bermain seperti bulding block, alat bunyian, alat mainan berkaitan persepsi visual. Ini semua boleh membantu perkembangan kognitif kanak-kanak.

3. Banyakkan Aktiviti Di Luar Rumah

Banyakkan aktiviti di luar rumah. Jangan biarkan anaka-anak terperap dalam rumah.

Bermain di luar akan membantu perkembangan sel-sel otak mereka.

Ketika membesar, mereka memerlukan sentuhan ataupun rangsangan kepada sensori seperti melihat, mendengar, merasa, menyentuh.

Pada masa yang sama, ia juga membantu membina kemahiran motornya ketika mereka bermain pasir, tanah, berlari tanpa kasut di atas rumput.

Aktiviti seperti ini sangat bagus untuk tumbesaran anak-anak. Penuhi aktiviti yang anak-anak dapat penuhi masa kosong mereka.

4. Peruntukan Masa Bersama Anak-Anak

Banyakkan masa bersama anak-anak. Kena rajin bercakap dengan anak-anak. Banyakkan interaksi.

Apabila bertutur, bertutur lah dengan bahasa yang betul. Ajak mereka berbual. Antara topik yang boleh dibualkan bersama ialah tentang kehidupan seharian mereka berada di sekolah.

Bagaimana sesi pembelajaran mereka. Seronok atau tidak? Ketika ini, kita boleh menasihati mereka jika perbuatan mereka ada yang tidak betul.

Selalu tanyakan soalan kepada anak-anak supaya dia dapat berfikir. Benda ini sangat penting untuk memberi kekuatan pada otak mereka.

Natijahnya, penggunaan gajet sangat tidak sesuai untuk anak-anak

Pastikan anak kita main mainan yang memerlukan pergerakan & strategi. Seperti main ting-ting. Itu adalah contoh aktiviti yang perlu digalakkan semula.

Anak perlu main diluar. Ia akan menggalakkan pembentukan sensori. Aktifkan bahagian otak yang berbeza-beza yang berkaitan dengan sensori.

Apabila sensori aktif, daya fikir anak-anak akan lebih tajam. Pastikan anak-anak tidak hanya duduk di rumah.

Lakukan aktiviti di luar rumah bersama anak-anak. Biarkan anak-anak terus aktif walaupun dirumah.

Ingat, hobi dapat membantu kita membina hubungan baru, menangani tekanan dari kerja atau sekolah dan mengembangkan karakter anak-anak kita.

Jom plan hobi bersama anak kita sekarang!

Sumber: neuroversiti.com

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)