Home schooling adalah pembelajaran di rumah di mana ibu bapa yang memilih untuk anak belajar dirumah berbanding di sekolah. Home Schooling ada beberapa jenis sama ada ibu bapa memilih sendiri untuk menjadi guru di rumah atau mengupah tenaga pengajar di rumah.

Baca: “Rasa Macam Baru Semalam Belajar Sendawakan Anak,” Dah Nak Setahun Usia Rayyan, Elfira Kongsi Pengalaman Bergelar Ibu Nan Indah!

Minggu ini, TV Pa&Ma bertajuk Home Schooling dan Dr. Iqbal sebagai hos squad ke rumah Puan Miza untuk menemubual tentang home schooling. Puan Miza berkongsi pengalaman tentang bagaimana dia menguruskan anak dalam masa yang sama membuat home schooling.

“Masa MCO memang kita buat home schooling, tapi bila dah masuk ke PKPP, kita dah tak buat sebab mereka dah mula bersekolah. Semua subjek memang kena buat home schooling dan masa tulah yang terbaik untuk saya dapat luangkan masa dengan anak-anak.”

IKLAN

Baca: Anak Bermain Benda Sama Berulang Kali, Mak Ayah Jangan Risau Itu Tanda Sel Otak Sedang Berhubung!

Menurut Dr. Iqbal, “Home school ada dua jenis iaitu ada formal dan tak formal. Formal maksudnya anak-anak akan belajar subjek yang sama seperti di sekolah. Umur anak untuk home schooling bermula 1 tahun dan ke atas. Tapi cara mengajar anak-anak adalah bergantung kepada umur anak tersebut.”

Sephya mengakui dia lebih fokus apabila belajar di rumah, selain itu dia mempunyai banyak masa bersama ibunya, Puan Miza. Dia juga seronok belajar bersama-sama adiknya dan boleh turut serta mengajar adik jika diperlukan.

Tip untuk start Home Schooling;

1. Belajar kaedah mengajar dari sumber yang pelbagai mengikut kesuaian diri dan anak.

2. Dapatkan tip dari ibu bapa yang pernah membuat Home Schooling untuk membantu kita menjadi guru yang lebih baik.

3. Seimbangkan masa belajar dan bermain kanak-kanak supaya mereka tak stress.

4. Belajar mengikut minat anak-anak agar sesi pembelajaran lebih efektif.

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)