Penyusuan susu ibu adalah salah satu cara yang paling berkesan untuk melindungi dan meningkatkan kadar kesihatan dan kelangsungan hidup kanak-kanak. Di samping menjadi satu sumber pemakanan, susu ibu juga memainkan peranan yang penting dalam perkembangan bayi tersebut di masa hadapan. Penyusuan susu ibu membantu meningkatkan sistem imun bayi, IQ, dan tabiat makan yang sihat.

Sempena bulan penyusuan sedunia Pa&Ma meraikan ibu-ibu menyusu dengan mengadakan kempen dan Live di Facebook Pa&Ma dan PTPTN.

Pada 17.8.2020 hingga 21.8.2020 yang lalu, Pa&Ma telah menjayakan bulan penyusuan sedunia dengan kempen #sspnpamasupportbf dengan mengadakan sesi Live melalui Facebook Pa&Ma dan PTPTN dengan menjemput pakar-pakar dalam bidang penyusuan, selebriti untuk berkongsi tentang penyusuan susu ibu. Tambah menarik lagi kempen #sspnpamasupportbf kali ini digerakkan oleh SSPN selaku penaja utama.

Antara barisan panel di dalam sesi Live selama 5 hari tersebut yang dihoskan oleh Emy Haznida dan Fatin Nik Mahmud ialah Dr.Maiza Tusimi (Pakar Obstetrik & Ginekologi), Datuk Dr Hamid Arshat (Pakar Obstetrik & Ginekologi), Sister Sujatha Rajalingam (Senior Lactation Nurse), Diana Amir (Selebriti), dan Pn Nazira Nazir (Penulis 9 Bulan 10 Hari). Turut menjayakan sesi Live ini adalah 300 peserta VIP Pa&Ma dan juga Followers Facebook Pa&Ma dan PTPTN.

Pada hari pertama sesi Live, Dr Maiza Tusimin (Pakar Obstetrik & Ginekologi) telah membincangkan topik tentang penyusuan norma baharu. Apa yang perlu ibu tahu?

“Garis panduan yang diletakkan oleh World Health Organization, jika ibu itu sihat dan tiada komplikasi paru-paru boleh meneruskan penyusuan susu ibu walaupun dijangkiti Covid-19 kerana susu ibu yang terbaik dan bukanya susu formula. Ibu ini boleh menyusu cuma perlu mengambil langkah berjaga-jaga supaya penularan dari ibu tidak menjangkiti bayi. Virus tidak akan masuk ke dalam air susu dan tiada jangkitan pun melalui penyusuan susu ibu. Jika ada jangkitan mungkin ibu tidak mengamalkan langkah berjaga-jaga seperti tidak memakai pelitup mulut & hidung, tidak membasuh tangan dan tidak menjaga kebersihan.”

Pn Nazira Nazir (Penulis 9 Bulan 10 Hari) berkongsi tentang cabaran yang dihadapi oleh ibu-ibu menyusu pada hari kedua sesi Live bersama Pa&Ma.

IKLAN

“Cabaran menyusukan anak memang banyak, walaupun kita berniat nak susukan anak selama 2 tahun namun cabarannya sangat besar. Fakta, 3 daripada 4 ibu yang menyusukan anak gagal meneruskan proses penyusuan sampai 2 tahun adalah disebabkan oleh orang sekelilingnya iaitu suami, adik beradik, keluarga sendiri, keluarga mertua yang tidak menyokong. Kata-kata yang positif, peranan suami yang baik dan perasaan suami terhadap isteri boleh menyebabkan susu ibu itu melimpah ruah.”

Diana Amir (Selebriti) turut berkongsi tentang pengalaman journey penyusuannya serta peranan beliau sebagai selebriti dalam mempromosikan kebaikan susu ibu kepada followers Pa&Ma dan PTPTN.

“Lima tahun setengah Diana menyusukan anak tanpa henti disebabkan jarak umur mereka yang dekat, belum sempat nak stop menyusu lahir lagi seorang anak dan Diana nak menyusukan anak Diana. Selama 5 tahun lebih tak pernah tidur cukup. Tapi suami memainkan peranan yang sangat penting untuk bagi sokongan positif dari segi fizikal dan emosi.

Pada hari keempat sesi Live, Sister Sujatha Rajalingam (Senior Lactation Nurse) telah menunjukkan demo posisi penyusuan yang betul serta berkongsi tentang kesalahan biasa yang dilakukan oleh ibu menyusu.

“Posisi amat penting ketika aktiviti penyusuan. Bila posisi betul pelekapan kepada bayi akan betul dan secara tak langsung dapat merembeskan susu secara lengkap. Selain itu dapat mengelakkan daripada puting terluka.

“Nikmatilah suasana ini sebagai pengalaman yang istimewa dan unik. Bukan semua orang boleh merasai pengalaman ini, hanya ibu yang melahirkan sahaja.”

Di hari terakhir sesi Live, Datuk Dr Hamid Arshat (Pakar Obstetrik & Ginekologi) telah mengupas tentang makanan yang perlu diamalkan oleh ibu yang sedang menyusu untuk menghasilkan susu berkualiti.

“Sumber utama adalah makanan ibu, makanan berkhasiat dan berzat adalah sangat penting dan mesti seimbang antara karbohidrat, vitamin, protien untuk menghasilkan susu yang terbaik. Sebagai contoh kalau ibu nak anak mempunyai minda yang cerdik, ibu harus mengamalkan pemakanan yang mempunyai DHA yang boleh didapati dari ikan, minyak ikan dan lain-lain.”

“Milk booster atau perangsang susu itu memang ada tapi dengan syarat ibu mesti mengamalkan pemakanan yang seimbang”

Susu ibu memang tidak dinafikan lagi kepentingnya kerana susu ibu baik untuk kesihatan anak. Namun begitu, simpanan untuk masa depan anak juga penting. Tak salah jika menyimpan dilakukan sejak anak kecil lagi malah banyak kelebihan yang bakal anak anda dapat di masa hadapan. Lebih awal anda bermula, lebih banyak manfaat yang anak anda bakal perolehi.

Bagi ibu bapa yang masih tercari-cari pelan simpanan terbaik untuk masa depan anak anda, anda boleh menyimpan di SSPN-i Plus. Kenapa SSPN-i plus? Kerana SSPN-i Plus merupakan satu skim atau pelan simpanan yang diwujudkan oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk penabungan bagi tujuan pendidikan tinggi.

Terdapat beberapa pakej yang boleh dipilih untuk anak anda serendah RM30 sebulan sehingga RM500 sebulan. Selain itu terdapat juga kemudahan deposit bulanan untuk memudahkan urusan deposit dengan pelbagai saluran dan kemudahan yang disediakan antaranya melalui potongan gaji, auto debit, direct debit dan perbankan internet.

Untuk maklumat lanjut berkenaan SSPNi Plus anda boleh layari website di SINI.