Sebut sahaja nama pasangan pelakon, Azad Jasmin dan Eira Syazira, pasti terbayangkan gelagat anak sulung mereka, Amarra Sofea Rose yang sering membuatkan wargamaya terhibur.

Bukan hanya bijak bertutur pelbagai bahasa bahkan video gaya lincahnya menari seperti penari terlatih sering muncul menghiburkan pengikutnya di Instagram ibunya.

Namun kelibat anak kedua dan ketiga pasangan ini jarang-jarang muncul di Instagram ibu dan ayahnya. Melewati Instagram Eira, video yang menampakkan kemunculan anak keduanya itu ternyata amat menarik perhatian wargamaya.

Si comel Ameisya Leanne Rose yang baru berusia lima tahun itu memiliki seraut wajah yang cukup comel. Malah wargamaya turut mengatakan wajah anak kedua pasangan ini seperti anak kacukan.

IKLAN

“Macam anak Minah Salleh,”begitu kata wargamaya.

Berbanding kakaknya, Ammara, Ameisya Leanne Rose dilihat memiliki raut wajah persis ayahnya. Bukan hanya wajah minah salleh, bahkan wargamaya turut menyatakan raut wajahnya seperti model dan selebriti dari Bollywood.

IKLAN

Ameisya Leanne Rose atau mesra dipanggil Rose dilahirkan pada 31 Disember 2016. Tidak hanya Ameisya, bahkan Ammara dan Suri Ratu turut memiliki wajah unik dan cantik, gabungan wajah ibu dan ayahnya.

Semoga si comel Ameisya Leanne Rose juga dua anak dara Pak Azad dan Eira, Amarra Sofea Rose dan Suri Ratu membesar menjadi anak yang sihat, bijak malah membahagiakan ibu dan ayahnya.

 

IKLAN

Azad dan Eira berkahwin pada 16 september 2011 telah dikurniaka 3 cahaya mata perempuan iaitu Amarra Sofea Rose ,Ameisya Leann Rose dan Suri Ratu.

Menarik: Tabiklah Tak Marah Pun Anak, Lembut & Sabar Marah Anak Lompat Atas Kereta, Wargamaya Puji Didikan Dr Sheikh Muszaphar

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Kredit: @eirasyaziraofficial