Lama terperap di rumah, lebih-lebih lagi ketika menghadapi PKP yang tidak nampak menghujungnya, teruslah bertahan agar diri terus kuat untuk menguruskan diri dan keluarga.

Tidak dinafikan, stress dan tekanan yang melampau saban hari terutama dalam menguruskan anak-anak di rumah ditambah dengan tanggungawab bekerja dari rumah membuatkan ibu bertambah tertekan.

Menurut Pakar Psikiatri, Dr Rozanizam Zakaria, jangan biarkan diri ‘burnout’ dek kerana kepenatan menguruskan anak-anak kecil, sebaliknya dapatkanlah bantuan dari orang terdekat. Bimbang hal sebegini menjadi ‘pintu’ kepada penyakit mental yang lebih serius.


“Mama tak larat dah…apa nak jadi jadilah…”

Stress adalah sebahagian lumrah kehidupan kita sebagai ibu dan ayah. Namun stress sifatnya datang dan pergi. Adapun yang lebih merisaukan sebenarnya adalah fenomena burnout di kalangan ibu bapa.

Burnout ni bahasa mudahnya ‘dah rapat ke dinding!’, dah habis daya nak melawan. Ia boleh jadi pintu kepada penyakit mental yang lebih serius.

Burnout boleh berlaku kerana faktor individu, pasangan, anak, persekitaran ataupun kombinasi semua faktor ini.

IKLAN

Kenalpasti siapa yang berisiko dan beri sokongan. Terutama ibu bapa yang bersendirian, menghadapi tekanan kewangan, atau anak yang mencabar.

Antara tips menghadapi/mencegah burnout:
– Dapatkan bantuan, jangan takut untuk menyuarakan masalah anda kepada orang sekeliling

– Sediakan ruang untuk penjagaan diri sendiri seperti tidur yang mencukupi, makanan teratur, masa untuk riadah (mengikut kemampuan anda)

IKLAN

– Amalkan Teknik relaksasi secara berkala.

– Tetapkan had berdasarkan kemampuan anda seara realistik, contohnya jujur untuk menolak tugasan yang dirasakan tidak mampu, tak apa jika ada kalanya rumah bersepah.

– Perbaiki perspektif terhadap masalah, contohnya melihat hikmah dan kebaikan yang datang dari sesuatu ujian.

– Belajar mengendalikan stress.

– Menyusun tugasan mengikut prioriti.

IKLAN

– Bersifat realistik dan praktikal dalam sesuatu tugas – jangan terlalu mengejar kesempurnaan, terlalu mengambil perhatian kepada kritikan.

– Orang sekeliling juga main peranan dengan berkongsi bebanan secara bersama.

– Bina kekuatan spiritual untuk membina ketahanan diri.

Artikel berkaitan: Tertengking & Jerit Pada Anak Dek Terlalu Penat, Kita Buka Robot, Tak Mengapa Mama!

Tak Perlu Jadi Ibu Terbaik Setiap Masa, Ada Waktu Menyinga & Baran, Itu Normal Mama

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)