Ramadan 2021 sememangnya mencatatkan kenangan indah buat kita. Sekali lagi diberikan peluang untuk menikmati Ramadan penuh mulia.

Mengimbau kenangan berpuasa, gelagat anak-anak berpuasalah paling membuatkan kita terhibur. Kesungguhan mereka untuk mencuba seharusnya kita hargai.

Sama seperti anak-anak kita, gelagat anak-anak selebriti berpuasa turut sama membuatkan kita terhibur.

Perkongsian video di Instagram beberapa selebriti ini buat wargamaya terhibur melihat telatah mereka. Jom kita intai aksi-aksi comel mereka.

Sari Yanti
Gelagat anak kedua Sari Yanti, Baasit Al-Haq yang bersahur sambil mata terpejam sememangnya comel. Walau dengan mata yang pejam, juadah sahur tetap dihabiskan sebaiknya. Kata Sari Yanti, bab anak-anak bangun sahur paling sukar.

“RAMADHAN 2021.

Harap bukan sampai kawen la dia sahur tido macam ni. Nak kejut pun kemain payah,” kata Sari Yanti.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Sari Yanti (@sariyanti)

Shiub Sepahtu
Lain pula kisahnya dengan anak ketiga pasangan pelawak dan usahawan, Shuib Sepahtu dan Siti Sarah. Baru belajar berpuasa, si kecil Ariq Matin yang berusia enam tahun sanggup berada lama di hadapan pintu peti sejuk dek kerana terlalu haus dan lapar. Comelnya aksi Matin yang baru pertama kali berpuasa penuh.

IKLAN

Menunggu lagi lima jam berpuasa, Matin sanggup bertahan walau berada di depan pintu peti ais. Comel!

“Alahai kesiannya anak daddy niii.

“Bertahan yer sayangggg, kejap je lagi, dalam 5 jam #AriqMatin6tahun #Ramadhan6,” tulisnya di kapsyen.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)

Ajak Shiro
Lain pula kisahnya dengan anak pertama dan kedua Ajak, Jad Thaqiff dan Had Thaqiff yang turut sama bersahur dengan mata terpejam. Berkongsi cerita di hujung-hujung Ramadan, aksi kedua anak Ajak ini cukup menarik perhatian.

IKLAN

“Sahur punya cerita. #myboy #mybam #love”

“Mamai pun suap jugak,” kata Ajak di Instagramnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ajak Shiro (@ajakshiro)

Walau dengan mata terpejam dan mengantuk, air di tangan tetap dihabiskan. Begitulah kesungguhan anak-anak kita berpuasa.

Tomok

Anak penyanyi Tomok tidak terkecuali membuat aksi yang sama. Comelnya bila anak pertama Tomok, Arrian Akid yang makan sambil menyuap nasi dengan mata tertutup. Walaupun seakan lentok dek kerana terlalu mengantuk, namun suapan nasi tetap dihabiskan ke mulut. Comelnya aksi Arrian ni.

IKLAN

“Auto pilot #sahur,” seloroh Tomok di Instagramnya.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Tomok (@tomokofficial)

Perkongsian Tomok itu mendapat reaksi daripada rakan selebriti dan seluruh pengikut Tomok di Instagramnya. Rata-rata mereka mengatakan aksi Arrian teramat comel dan video dikongsikan itu dijadikan kenangan buat Arrian ketika membesar nanti.

Melihat gelagat anak-anak selebriti itu, sama kisahnya dengan anak-anak kita yang sememangnya cukup payah untuk bangun sahur. Namun bila dikejutkan, ada diantara mereka yang makan sambil mata tertutup. Comel!

Semoga video-video comel ini menjadi kenangan terindah ketika anak-anak kita membesar. Dapatlah mereka melihatnya apabila besar kelak. Cute!

Menarik:

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Kredit: @sariyanti, @shuibsepahtu, @ajakshiro & @tomokofficial