Menu mee celup antara yang menjadi kegemaran ramai di semua peringkat usia. Sesekali jika bosan sangat makan nasi, ini antara juadah yang senang dan boleh dihidangkan pada ahli keluarga.

Dalam satu mangkuk itu, tersedia hidangan lengkap kerana ada protein, serat dan karbohidrat. Jadi boleh menggantikan nasi dan sangat mengenyangkan. Namun ramai yang anggap resipi mee celup ini renyah tetapi ia adalah mudah asalkan semua bahan asasnya cukup.

Resipi yang dikongsikan oleh Puan Iza Abu Bakar atau Kak Za ini boleh dijadikan idea untuk anda sebagai hidangan keluarga atau tetamu yang berkunjung ke rumah.

RESIPI MEE CELUP ALA THAI

Memang feveret sangat mee celup ni. Biasa orang letak daging atau perut lembu tapi disebabkan Kak Za sejenis tak makan daging lembu apatah lagi organ dalaman, jadi Kak Za guna daging ayam sebagai heronya. Hahaha. Ok, jom kita mula.

IKLAN

BAHAN BAHAN

4 ulas bawang putih (ditumbuk)
1/2 inci halia – dihiris halus
Akar ketumbar (ditumbuk)
1 sudu besar lada hitam (ditumbuk)
Ayam
Gula melaka
1/2 cawan kicap manis
Sos ikan
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Air secukupnya
Mee kuning – dicelur
Taugeh secukupnya (Kak Za tak letak sebab stok tak de)
Kacang tanah – (digoreng tanpa minyak dan ditumbuk kasar)
Kangkung – (boleh juga letak sawi)
Daun ketumbar – dihiris
Chili flakes
Limau nipis – (diperah jusnya sebagai penambah rasa)

CARA MEMASAK

IKLAN

1. Mula mula panaskan minyak di dalam periuk.

2. Tumiskan bahan yang ditumbuk tadi dan halia hingga garing dan berbau wangi.

3. Masukkan ayam, biarkan seketika, baru masukkan air. Biarkan sehingga mendidih dan merenih.

IKLAN

4. Kemudian masukkan sos ikan, kicap manis dan gula melaka.
5. Perasakan dengan garam secukup rasa. Biarkan mendidih.
6. Keluarkan isi ayam dan carik carikkan halus.

7. Ok, untuk hidangkan mee celup ni ada kekdahnya tau. Mula mula ambil mee yang dicelur dan letakkan ke dalam mangkuk.
8. Kemudian letakkan kangkung atau sawi, taugeh, daun ketumbar yang dihiris dan isi ayam yang dicarik-carikkan tadi.
9. Siramkan kuah di atas bahan dalam mangkuk tadi dan taburkan chili flakes serta kacang tanah yang telah ditumbuk. Perahkan sedikit jus limau nipis sebagai penambah rasa.

10. Boleh juga dimakan bersama sambal kicap. Memanggg paduuuu bebb, berpeluh dahi. Ok, selamat mencuba ye.  Jika nak kongsi dipersilakan.

Kredit: Iza Abu Bakar

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)