Dumpling antara makanan tradisi masyarakat Cina tetapi disukai ramai. Bukan saja berintikan sayur-sayuran semata-mata tetapi boleh diletakkan inti ayam atau udang atau apa saja ikut citarasa masing-masing.

Cuma yang selalu jadi masalah nak buat kulit dumpling agak leceh. Tetapi kini tak perlu dah nak risau sebab kulit frozen ni dah banyak dijual. Hanya perlu sediakan inti saja dah boleh boleh sediakan untuk dimakan bersama seisi keluarga.

Ada yang nak cuba resipi ni? Ini resipi yang disediakan oleh Wany Lifa di facebooknya. Bagi yang suka makan dengan sup disertakan resipi supnya sekali dan bagi yang suka goreng pun boleh buat.

Bestnya, modal nak sediakan bahan-bahan ni pun tak lah mahal. Bajet RM10 dah boleh dapat 40 biji dumpling.

Inti Dumpling 
➡️ Isi ayam  300g (fillet dicincang)
➡️ Carrot (setengah batang sagat)
➡️ Bawang besar (1 biji cincang halus)
➡️ Bawang putih (4 ulas cincang halus)
➡️ Daun sup & Daun bawang (potong halus)
➡️ Serbuk lada sulah (2 sudu)
➡️ Minyak bijan (3 sudu)
➡️ Serbuk maggi cukup rasa (2 sudu)
➡️ Garam & gula (1 sudu kecil)
➡️ Dumpling pastry (Instant)

IKLAN

Campur semua bahan-bahan kecuali dumpling pastry. Gaul sebati & perap sekejap 10 minit.

Dumpling pastry. Kuantiti ada 40 pcs gitu. Harga RM1.80

Masuk inti dalam pastry then kelim pastry ikut kreativiti. Boleh try google @ tengok youtube cara lipat dumpling.

Isi ayam yang da siap boleh campur sikit 3 sudu tepung jagung untuk sebati kan bahan2 yang dicampur.

Takde mangkuk tingkat buluh macam mangkuk dimsum so susun kita dumpling kat atas pinggan letak dalam pengukus. Kalau direct letak atas pengukus nanti melekat. Da try buat gitu sebab tuh mai habaq awai2 . Jahanam 6 ketui dumpling. Rugi-rugi. Kukus dumpling selama 10 minit.

Da siap kukus boleh makan dengan sos kicap @ goreng dumpling

Sup dumpling 
➡️ Bawang putih (6 ulas ketuk & cincang)
➡️ Halia (1 inci ketuk & cincang)
➡️ Minyak bijan (1 sudu kecil)
➡️ Serbuk lada sulah sikit
➡️ Kiub ayam maggi (half of cube)
➡️ Garam & gula
Tumis bawang putih & halia sampai naik bau. Letak 1 mangkuk air dalam periuk. Masuk bahan-bahan lain sampai mendidih.

Letak dumpling yang da siap kukus tadi tuh dalam periuk sekali. Biarkan 2-3 minit sekejap.
Then tabur sikit daun bawang.

Last sekali buat sos pakai sos thai campur sikit dengan daun ketumbar yang da cincang halus. Gaul sebati then boleh makan dengan sup.

Ada orang buat sos pakai kicap cair tapi lagi suka sos thai lagi padu rasanya.

Total costing :-
Fillet ayam 500g – RM5.20
Dumpling pastry – RM1.80
Carrot 6 batang – RM1.00
Daun sup & Daun bawang – RM1.00
Bahan yang lain da sedia ada kat rumah
Total = RM9.00 ✅

Kredit Resipi: Wany Lifa

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)