Kehilangan insan tersayang yang pergi buat selama-lamanya cukup perit untuk diterima apatah lagi jika ianya berlaku sekelip mata. Namun siapalah kita untuk menolak ketentuan-Nya.

Kejadian menyayat hati yang melibatkan dua guru selepas kereta yang dinaiki bersama dua lagi rakan sekerja terbabas sebelum terjunam ke gaung dekat Kampung Kijang, berhampiran jambatan Merotai Besar di sini, pagi tadi benar-benar mengejutkan ahli keluarga.

Baru berkahwin 10 hari

Lebih-lebih lagi salah seorang daripada mangsa yang maut Dayana Damsah, 27 baru sahaja mendirikan rumah tangga pada 27 Julai 2020 iaitu lebih kurang 10 hari sebelum meninggal dunia akibat kemalangan.

IKLAN

Menerusi Berita Harian, ibu mertua kepada Dayana telah dimaklumkan oleh anaknya Nurhan Ayub, 27 dengan meminta segera ke hospital kerana menantunya itu terbabit kemalangan kira-kira 7.50 pagi.

“Ketika itu kami cuma dimaklumkan ada mangsa yang terkorban, namun identiti belum dapat dikenal pasti sehinggalah pengecaman dibuat ahli keluarga.”

Suami terkejut kejadian menimpa isteri 

Menurut ibu mertua kepada mangsa lagi, anaknya dan allahyarham baharu sahaja mendirikan rumah tangga dan anaknya yang yang juga seorang jurutera terpaksa kembali bertugas ke Kemaman, Terengganu selepas cutinya tamat.

Dalam pada itu, suami mangsa turut meluahkan rasa terkejut dengan kejadian yang menimpa isteri dan memohon agar orang ramai mendoakan isterinya menerusi Facebook.

Terdahulu, kenderaan yang dinaiki 4 orang guru telah hilang kawalan dan terbabas sebelum menjunam di Kampung Kijang, berhampiran jambatan Merotai Besar. Kesemua mereka dalam perjalanan menuju ke Sekolah Kebangsaan (SK) Umas.

Sumber: Berita Harian, OMM & Facebook