“Adoi melekat pula tudung ni. Rasanya tak lah panas sangat pun. Ni nak menggosok baju pula alamaknya susahlah. Apa nak buat ya?”

Situasi ini antara yang sering terjadi. Walaupun bukan selalu, tapi sekali terkena memang rasa bad mood jugalah. Kalau yang menggunakan seterika jenis gosok macam mana pun tak hangus, tak ada masalah!

Bagi kita yang ada seterika jenis biasa je, bila kesan hangus melekat di permukaan seterika ia akan menganggu kelancaran kerja-kerja menggosok. Ini kerana lapisan tersebut boleh mempengaruhi kepanasan seterika. Kadang-kadang tengah mengosok kain yang warnanya cerah, melekat pula kesan hitam yang sedia ada di permukaan seterika tu.

Sebelum anda membeli seterika baru, cuba gunakan cara ni dulu. Ikut apa yang dikongsikan oleh Achai Wong ia sangat berkesan. Bahkan, licin berkilat seperti baru.

Tips hilangkan kesan hangus pada seterika baju. Memang berkesan!

Tak perlu guna apa-apa bahan pencuci pun, cuma gunakan sebiji panadol saja dan dibasahkan sebelum gosok dipermukaan seterika.

Ni antara langkah-langkahnya:

*Pastikan seterika baju dalam suhu panas & panadol dibasahkan terlebih dahulu sebelum digosok pada permukaan seterika

IKLAN
  1. Pastikan seterika dipanaskan terlebih dahulu

2. Basahkan panadol dengan sedikit air

3. Gunakan gunting untuk memudahkan kita menyapu panadol yang dibasahkan itu di kawasan hitam di permukaan seterika. Sapu rata ya

IKLAN

4. Biarkan seketika sebelum dibersihkan

5. Kemudian lap permukaan seterika dengan kain. Kesan hitam itu akan hilang

6. Ni hasilnya selepas di cuci. Nampak berkilat dan macam baru pulak.

IKLAN

Jadi untuk ibu-ibu yang mengalami situasi macam ni, boleh cuba ya. Tak perlu nak beli seterika baru kalau tip ini anda buat. Pasti berpuas hati!

Kredit: Achai Wong

ARTIKEL MENARIK [Pakar Ingatkan, Sikit-Sikit Kita ‘Complain’ Kelas Online Susah, Lama-Lama Mood Anak Down]

LAGI ARTIKEL MENARIK [Pening Banyak Sangat Grup Telegram Kelas Anak, Ikut Langkah Ni Baru Tak Serabut, Senang Cari]

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)