Masalah gigi dan kanak-kanak itu memang sinonim. Gigi berlubang dan juga karies gigi sering menjadi kerisauan ibu dan ayah. Justeru amat penting untuk mula menjaga kesihatan mulut dan gigi si kecil sejak dari awal usia.

Biasakan diri dengan membawa anak-anak berjumpa doktor gigi untuk pemeriksaan berkala, jadikan rutin memberus gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari dan pengambilan makanan yang boleh menyebabkan gigi anak rosak juga harus dielakkan.

Apa yang dikongsikan oleh seorang doktor gigi, Dr Azila Mohd Kassim menerusi Facebook Happy Baby Foods Malaysia tentang seorang pesakit kanak-kanak yang mengalami masalah karies gigi yang teruk.

Kanak-kanak ini sudah menahan sakit hampir 3 hari dan turut menyebabkan bengkak di kawasan muka dan mata.

Dah 3 Hari Anak Mengadu Sakit Gigi Atas

Kisah tadi tak lengkap. Saya kongsikan semula yg versi penuh.

Sebab inilah kami #adminhbfm asyik cakap pasal kebersihan oral. Asyik cakap pasal ORAL STIMULATION. Asyik cakap tak apa anak meraung melalak sebab gosok gigi. Asyik cakap kena bersihkan sejak anak dlm pantang. Asyik beritahu BAWA ANAK CHECKUP BILA ADA 1 batang gigi naik. Tak payah tunggu penuh gigi dia bru bawak. Tak payah bg alasan nurse KK tak cakap pun kena check gigi, itu bukan anak nurse kk tu, itu anak awak, kena sendirilah cakna 😅

Tapi bila cakap, ada pulak tak percaya. Kata “eleh mana ada bebudak sakit gigi teruk teruk”

So ambillah pedoman dan iktibar ini!

——————————————————————————————————

“Ini doktor Azila ke?” Aku menjawab “ya, saya..”.

Beliau bertanya lagi “Boleh jumpa doktor terus di klinik tak?”

Kepala aku ligat berfikir, seingat aku berderet temujanji aku pagi ini.

Maka aku jawab sambil tersenyum “Cik, boleh terus telefon klinik untuk temujanji”.

Tiba-tiba dia menarik seorang budak perempuan kecil lantas ditunjukkan mukanya pada aku.

Astaghfirullahalazim.. tergamam aku, terus aku cakap “Naik atas terus, saya periksa”

Setelah masuk di bilik surgeri, begini ceritanya. Ibu bapa muda ini memberitahu anaknya sakit gigi belah kanan atas mulai 3 hari lalu.

Hari pertama :

IKLAN

Mula-mula mereka membawa ke klinik gigi A. Setelah doktor tersebut memeriksa katanya ada gigi geraham susu yang berlubang besar.

Lubang sudah mengenai saraf, maka perlu buat rawatan saraf. Tetapi doktor tersebut tidak membuat rawatan saraf (pulpotomi) pada kanak-kanak.

Doktor klinik gigi A memberi ubat tahan sakit dan antibiotik.

  1. a) Syrup Amoxycillin 3ml 3 kali sehari.
  2. b) Syrup Paracetamol 3ml 3 kali sehari.

Hari kedua:

Pada hari tersebut ibu bapa membawa anak ke klinik gigi B. Mereka mencari klinik gigi yang membuat rawatan saraf kanak-kanak iaitu pulpotomi.

Tidak pasti kenapa doktor tersebut tidak buat rawatan pulpotomi terus, kerana beliau memberi temujanji untuk rawatan pulpotomi. Aku berfikiran mungkin temujanji doktor tersebut penuh.

Muka Jadi Bengkak, Diagnosis Sebagai Facial Cellulatis

Doktor klinik gigi B memberi pula ubat tambahan :

  1. a) Syrup Metronidazole 8ml 3 kali sehari.

Mereka pulang, tiba-tiba malamnya muka anak menjadi bengkak sebegini (rujuk gambar).

Umur pesakit 5 tahun. Kasihan sungguh, wajahnya.. pipi bawahnya bengkak sehingga tertarik kelopak mata kanan bawah. Tertutup mata kanan pesakit !

Keadaan ini di diagnosis sebagai “FACIAL CELLULITIS”.

Sesi soal siasat oleh doktor Azila dijalankan seperti biasa. Hasil temubual dengan ibu bapa adalah :

  1. Sering memberi makanan manis iaitu ‘kinderjoy’ setiap pagi. Pesakit juga kerap makan makanan yang manis-manis belaka.
  2. Tidak mengamalkan rutin wajib memberus gigi anak setiap hari.
  3. Tidak membawa anak untuk jumpa doktor gigi secara berkala.

Kisah pesakit ini telah mendapat ‘consent’ ibu bapa untuk disiarkan.

Ini bertujuan memberi peringatan berguna buat ibu bapa lain supaya tidak mengabaikan kebersihan gigi anak kecil kerana sebarang kemungkinan boleh berlaku, hanya kerana gigi tidak dibersihkan setiap hari dan pengambilan makanan manis.

Ramai ibu bapa tidak faham.

  1. Tidak faham bahawa memberi makanan minuman manis adalah musuh utama mulut anak. Ini mengakibatkan gigi rosak.
  2. Tidak faham bahawa bersihkan gigi anak itu penting. Jangan sampai gigi anak berkaries, mengadu sakit baru jumpa doktor gigi.

Adakah kita mahu anak kita berkeadaan sebegini? Kerana sikap kita yang sambil lewa gigi anak rosak, gusi bengkak kemudian muka bengkak.

RAWATAN KECEMASAN PESAKIT

Setelah saya berbincang dengan doktor Pakar Pergigian Kanak –Kanak, pesakit saya ini :

  1. Saya preskripsi :
  2. a) Syrup Augmentin 5.3ml 2 kali sehari.
  3. b) Syrup Paracetamol 5.3ml 4 kali sehari.

(Dos ubat – ubat yang diberi mengikut berat badan pesakit)

UBAT YANG DOKTOR GIGI BERI SEBELUM INI DIHENTIKAN SERTA MERTA.

  1. Pemantauan berkala oleh ibu bapa, selagi anak boleh makan dan minum, tidak perlu pergi Bahagian Kecemasan Hospital.

Kebetulan ketika itu cuti umum 2 hari Ahad hingga Isnin.

  1. Hari ketiga iaitu Selasa, pesakit berjumpa aku semula. Alhamdulillah.. muka sudah surut bengkak.
  2. Gigi geraham susu yang menyebabkan bengkak tersebut, terpaksa aku cabut.

KENAPA DOKTOR CABUT GIGI TERSEBUT?

Jawapannya : Agar gigi berkaries tersebut tidak menjadi punca infeksi, bengkak BERULANG SEMULA. Sekiranya terjadi situasi begini ia boleh MEMBAWA MAUT!

KENAPA ?
Saya terangkan di sini.

Gusi yang bengkak, bakteria boleh merebak kedalam otak. Keadaan dikenali sebagai SEPSIS.

Sepsis adalah keadaan dimana jangkitan disebarkan melalui darah disebabkan sistem pertahanan badan perlu bekerja lebih masa untuk melawan jangkitan.

Bahan kimia yang dikeluarkan dalam aliran darah untuk melawan jangkitan mencetuskan tindak balas keradangan di seluruh badan sekali gus ia merosakkan sistem organ.

Malah sepsis boleh mengakibatkan komplikasi serius seperti masalah buah pinggang, paru-paru, otak dan jantung hingga menyebabkan kematian.

HUBUNGAN ANTARA SEPSIS DAN JANGKITAN GIGI

Apabila berlaku jangkitan gigi, ia boleh menyebabkan pulpa (gigi bahagian tengah) dijangkiti.

Pulpa ini adalah bahagian gigi yang mengandungi saluran darah, tisu penghubung dalam saraf besar.

Jika jangkitan berlaku, bakteria boleh keluar dari gigi ke tulang atau tisu bawah.

TANDA-TANDA JANGKITAN DALAM MULUT.

  • Nafas busuk.
  • Rasa pahit dalam mulut.
  • Demam.
  • Sakit gigi.
  • Gigi lebih sensitif.
  • Gusi bengkak.
  • Kelenjar bengkak pada leher.
  • Bengkak rahang.

Sekiranya anda atau anak anda mengalami tanda-tanda diatas, sila SEGERA ke hospital untuk rawatan yang sepatutnya.

Sekian, semoga bermanfaat.

Doktor gigi Azila MK
Klinik Pergigian Azila Bangi

Credit : Azila MK via Happy Baby Foods Malaysia

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)