Sekian lama menanti, akhirnya selepas seminggu kelahiran pasangan kembar kedua angkawasan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Syukor dan isterinya Datin Dr Halina Mohd Yunos mengumumkan nama pilihan mereka buat si kembar comel.

Menerusi satu entri di instagramnya pagi tadi, Dr Sheikh Muszaphar berkongsi nama yang menjadi pilihan buat anak kembarnya. Nama indah dengan makna yang cukup sempurna.

“Eusoff & Emelia, nama yang diberi untuk pasangan kembar kami.

“Sheikh Eusoff & Sophea Emelia seperti anak-anak kami yang lain,” katanya berkongsi di instagram.

Nama yang cukup indah, sama seperti nama kakak dan abang-abangnya, Sheikh Adam, Sheikh Noah, Sheikh Eusoff, Sophea Isabella, Sophea Natasha dan pastinya Sophea Emelia.

Malah menerusi entri yang sama, bapa penyayang ini juga turut mendoakan agar perjalanan dua anaknya ini dipermudahkan, menjadi insan soleh dan solehah serta menjadi anak yang mampu berbakti kepada ibubapa serta ummah malah taat kepada Allah SWT.

IKLAN

“Semoga menjadi anak anak yang Soleh & Solehah.

Berkehendak & Bertuhan kepada Allah,
Berbakti kepada IbuBapa,
Berilmu & Beriman,
Berpaksi kepada Kebenaran,
Berbakti kepada Ummah,
Berjaya Dunia Akhirah,

“Sebagai ayah, ku pohon doa, makbulkan doaku di hari baraqah ini,” katanya lagi sambil mengharapkan yang terbaik buat dua anaknya ini.

Sejak kelahiran bayi kembar kedua mereka pada Jumaat, 20 November lalu, baik Dr Sheikh Muszaphar mahu pun Dr Halina di lihat sering berkongsi beberapa gambar dan video kembar mereka.

Seronok melihat video-video yang dikongsikan, penuh emosi dan keterujaan menyambut kelahiran bayi kembar yang cukup bermakna dalam hidup mereka sekeluarga.

 

Semoga bayi comel, Eusoff dan Emelia menjadi pelengkap bahagia Dr Sheikh Muszaphar sekeluarga.

Terdahulu, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor dan Datin Dr Halina mendirikan rumah tangga pada 10 Oktober 2010.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan enam orang cahaya mata iaitu Sophea Isabella, Sophea Natasha dan kembar lelaki iaitu Sheikh Adam dan Sheikh Noah. Dan kini Sheikh Eusoff dan Sophea Emelia menjadi pelengkap bahagia pasangan ini.

Artikel berkaitan: Bacakan Al-Fatihah & Bangun Seawal 6 Pagi Tengok Twins-Dr Sheikh Muszaphar Teruja Tengok Gelajat Anak-Anak!

Dr Halina Selamat Bersalin Anak Kembar-Dr Sheikh Muszaphar Rancang Nak Anak Ketujuh!

Sayunya Mommy Tinggal Anak Untuk Berjuang-Dr Sheikh Muszaphar Setia Teman Isteri Bersalin!

Nak macam-macam info? Jom join telegram Pa&Ma D Parents https://t.me/pamadparents

Kredit: @drsheikhmuszaphar @drhalina