Masyarakat kita memang sering dimomokkan dengan pelbagai mitos yang ada ketikanya mendatangkan kerisauan. Seperti juga dalam bab kehamilan dan keguguran. sering kali kita dengar makanan seperti nanas, air tebu dan juga air kelapa perlu dielakkan ketika awal kehamilan.

Mengapa? Kerana makanan-makanan tersebut dikatakan bakal menjadi punca ibu yang baru hamil mengalami keguguran. Namun perkongsian daripada Dr Muhammad Izzat akan merungkai apakah benar makanan ini boleh menyebabkan keguguran pada wanita hamil atau tidak?

Sebab-sebab keguguran ( miscarriage )

UMUR
Semakin berusia wanita itu, semakin tinggi peluangnya untuk mendapat keguguran. Jika wanita berusia lebih 40 tahun, lebih 1 dalan 2 ( 50%) kehamilan akan berakhir dengan keguguran. Bukan sahaja wanita, jika suaminya berusia pun, peluang untuk keguguran tinggi.

ANTIPHOSPHOLIPID SYNDROME ( APS)
APS adalah sindrom dimana darah seseorang wanita itu senang membeku dan menyumbang kepada keguguran berulang dan keguguran lewat kehamilan

FAKTOR GENETIK
2-5 dalam 100 pasangan ( 2-5%) yang mengalami keguguran berulang, salah satu pasangannya akan ada ketidaknormalan salah satu kromosom ( struktur genetik yang terkandung dalam sel manusia yang mengandungi DNA dan perwarisan dari ayah ibu ). Walaupun masalah genetik ini mungkin tidak menujukkan apa-apa masalah pada ayah atau ibu, tetapi ianya boleh menyebabkan keguguran.

IKLAN

PANGKAL RAHIM YANG LEMAH
Kelemahan pangkal rahim ( cervical incompetence ) boleh menyebabkan keguguran dalam 14 hingga 23 minggu kehamilan. Susah sikit untuk mengenalpasti keadaan pangkal rahim lemah ini untuk wanita yang tak mengandung. Mungkin ini adalah penyebabkan keguguran jika kehamilan sebelumya gugur dengan cara air mentuban pecah awal, ataupun pangkal rahim membuka awal walaupun si ibu tiada rasa sakit pun

PERKEMBANGAN BAYI TAK NORMAL
Perkembangan bayi yang tidak normal boleh menyebabkan keguguran tapi bukan penyebab keguguran berulang.

JANGKITAN KUMAN
Sesetengah jangkitan kuman yang sebabkan ibu menjadi tidak sihat boleh menyebabkan keguguran. Walaubagaimanapun bagaimana jangkitan boleh menyebabkan keguguran ini masih lagi dalam kajian dan kesahihannya masih belum pasti.

BENTUK RAHIM
Tidak sahih lagi faktor bentuk rahim yang tak normal boleh menyebabkan keguguran

KENCING MANIS & MASALAH TIROID
Kencing manis dan masalah tiroid yang tidak terkawal boleh menyebabkan keguguran, walaubagaimanapun ianya tidak menyebabkan keguguran berulang-ulang asalkan masalah kencing manis dan tiroid ini dirawat dan dikawal sebaiknya.

FAKTOR IMUN ( Immune Factors )
Ada kajian mengatakan wanita keguguran disebabkan sistem imun mereka tidak berfungsi secara normal, dinamakan sebagai alloimmune reaction. Walaubagaimanapun, takda bukti sahih lagi yang menyokong kenyataan ini. Lebih banyak kajian diperlukan.

Berat badan berlebihan

Merokok, pengambilan kaffein dan alkohol secara berlebihan.

Nenas, air tebu, dan air kelapa BUKAN penyebab keguguran. Makan & minum semuanya secara bersederhana

Sumber: Muhammad Izzat

PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANNINA BERMULA 26 OGOS 2020 INI
Tak sabar nak tengok keletah comel Jeanelle? Pa&Ma Musim ke-8 kembali lagi di kaca tv menemani anda! Kali ini, kami membawakan edisi Pa&Ma Journey Bersama JovianNina. Jom kosongkan malam Rabu anda dengan menonton gelagat mereka pada jam 9 malam, hanya di Astro Ria saluran 104 & 124. Set kalendar anda sekarang yaa !

Nak macam-macam info? Join channel Telegram Pa&Ma D Parents