Makanan yang bersalut coklat memang menjadi kegemaran anak-anak. Kuih raya yang bersalut coklat akan lebih cepat habis dan paling laris lah!

Kalau mama tak ada idea nak buat biskut raya untuk anak-anak, apakata mama cuba resipi paling mudah hanya guna 3 bahan sahaja iaitu Popia jejari nestum bersalut coklat. Yang ini confirm tak sedar masa makan, tahu-tahu dah habis. Jom ikuti resipi dibawah! Selamat mencuba.

Popia jejari nestum bersalut coklat 😍😍

IKLAN

Senang sangat-sangat,guna 3 bahan je tau..

Bahan-bahan;
*kulit popia
*nestum ori
*coklat jenama berys

IKLAN

Cara-caranya:

Gulung popia guna chopsticks. Gunting mengikut size yang sesuai. Celup dalam coklat dan kemudian celup dalam nestum. Sedia untuk dimakan.

IKLAN

Anak-anak suka sangat makan kudap-kudap ni, sebab ada coklat kann.. try la buat, makan depan tv tak sedar dah habis sebalang 😅 boleh buat raya sekali.. yang ni paling laris agaknya.


Kredit : Nur Rabiatul Fatien‎ #mahn

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)